LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JKSM BERSAMA KETUA HAKIM SYARIE NEGERI SABAH SIRI KEDUA KE MAHKAMAH SYARIAH DAERAH KENINGAU

Keningau, 8 November 2022 | Mahkamah Syariah Keningau yang terletak di pedalaman atas negeri Sabah menjadi destinasi Mahkamah yang ketiga dalam episod Lawatan Kerja YAA Dato’ Setia Dr KP/KHS JKSM Siri ke-2 pada hari ini.

Bidangkuasa mahkamah ini merangkumi daerah Keningau, Nabawan, Tambunan dan daerah Tenom bagi Mahkamah Rendah (zon Pedalaman atas), manakala keseluruhan bahagian pedalaman negeri Sabah terletak di bawah bidangkuasa Mahkamah Tinggi.

Ketibaan YAA Dato’ Setia Dr KP/KHS JKSM telah disambut oleh Ketua Pejabat MSD Keningau, Tuan Mohd Yasser bin Saraffudin, serta seluruh pegawai dan kakitangan sekitar jam 11.00 pagi.

Memulakan majlis lawatan kerja ini, Ustaz Akob Asungkil, Pembantu Syariah MSD Keningau memperdengarkan aluan merdu ayat suci al-Quran sebelum ucapan aluan diteruskan oleh Ketua Pejabat dengan memperkenalkan sejarah penubuhan Mahkamah Syariah daerah Keningau sekitar tahun 1995 sehinggahlah berpindah ke bangunan sendiri pada tahun 2008.

Taburan penduduk beragama Islam di pedalaman atas secara keseluruhan adalah sebanyak 47.29% atau bersamaan 188,890 orang daripada 400 ribu penduduk. Manakala statistik pendaftaran kes termasuklah kes Mal, Faraid dan Jenayah menunjukkan purata kes setiap tahun berjumlah antara 400-600 kes setiap tahun.

Pada kesempatan ini, MSD Keningau telah mengetengahkan isu kritikal iaitu kelengkapan bilik mesyuarat dan dewan perbicaraan, ketiadaan kenderaan jabatan, perjawatan serta kerja-kerja penyelenggaraan bangunan yang memerlukan perhatian daripada pihak pengurusan tertinggi.

Kemuncak program diteruskan dengan amanat oleh YAA Dato’ Setia Dr KP/KHS JKSM dengan mengingatkan semua pegawai dan kakitangan MSD Keningau mengenai ayat 13, surah al-Hujurat yang menekankan tentang kepentingan hubungan sesama manusia. Inilah peluang yang perlu digarap oleh semua pegawai serta kakitangan untuk berkongsi maklumat, permasalahan serta isu-isu setempat.

“Sebaik-baik di kalangan kamu adalah yang boleh memberikan manfaat kepada orang lain”, petikan daripada hadis Nabi SAW ini turut menjadi intipati ucapan amanat YAA Dato’ Setia Dr KP/KHS JKSM sebagai ibrah kepada semua agar sentiasa memberikan khidmat yang terbaik kepada setiap pelanggan yang hadir ke Mahkamah tanpa sikap prejudis dan pilih kasih.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata dan sijil penghargaan kepada MSD Keningau atas pencapaian bagi penyelesaian kes perceraian di Mahkamah.

Last Updated on November 8, 2022

Kalendar JKSM

Events in January 2023

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
December 26, 2022 December 27, 2022 December 28, 2022 December 29, 2022 December 30, 2022 December 31, 2022 January 1, 2023
January 2, 2023 January 3, 2023 January 4, 2023(1 event) January 5, 2023 January 6, 2023 January 7, 2023 January 8, 2023
January 9, 2023 January 10, 2023(1 event) January 11, 2023 January 12, 2023 January 13, 2023 January 14, 2023 January 15, 2023
January 16, 2023 January 17, 2023(1 event) January 18, 2023(3 events) January 19, 2023(3 events) January 20, 2023 January 21, 2023 January 22, 2023
January 23, 2023 January 24, 2023 January 25, 2023 January 26, 2023 January 27, 2023 January 28, 2023 January 29, 2023
January 30, 2023(1 event) January 31, 2023(1 event) February 1, 2023 February 2, 2023(2 events) February 3, 2023 February 4, 2023 February 5, 2023