LAWATAN KERJA KOLEKSI ARKIB PERSENDIRIAN DI ARKIB NEGARA MALAYSIA

16 Mei 2023 | Delegasi Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) yang diketuai oleh YAA Dato’ Muhamad Abdul Karim bin Wahab (Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang) hari ini telah mengadakan Lawatan Kerja Koleksi Arkib Persendirian di Jabatan Arkib Negara Malaysia (ANM) bertempat Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 2, Wisma Warisan.

Ketibaan delegasi JKSM telah disambut sendiri oleh YBhg. Dato’ Jaafar Sidek bin Hj. Abdul Rahman (Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia) bersama YBrs. Encik Zaidin Mohd Noor (Timbalan Ketua Pengarah Sektor Perancangan dan Pengurusan), YBrs. Encik Mokhtaruddin bin Lamsin (Timbalan Ketua Pengarah Sektor Penyelidikan dan Pengembangan) serta Pengarah Bahagian dan Ketua Seksyen.

Lawatan kerja ini diadakan bagi menyambut baik hasrat ANM berkenaan perolehan arkib persendirian, bagi memastikan surat persendirian, koleksi persendirian yang bernilai sejarah dan kebangsaan dapat dipelihara. Sehubungan dengan itu lawatan dan perbincangan ini diharapkan dapat memberi gambaran yang lebih jelas dalam usaha untuk memastikan bahan-bahan arkib persendirian seperti surat persendirian, koleksi persendirian dan rekod sejarah Mahkamah Syariah yang bernilai sejarah dan kebangsaan dapat dipelihara.YBhg Dato’Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia di dalam ucapan aluannya berharap perolehan arkib persendirian dapat diperolehi yang melibatkan Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM sejak awal penubuhan sehingga sekarang, Hakim-hakim Rayuan Syariah Malaysia dan Ketua Hakim Syarie Negeri-negeri.

Delegasi JKSM berkesempatan untuk melihat sendiri koleksi persendirian Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid, Tan Sri Zainal Abidin bin Ahmad (Za’aba), dan Datuk Zakiah Hanum binti Abd Hamid bertempat di Seksyen Rujukan dan Akses ANM. Pihak ANM juga telah memberi penerangan dan membuat demonstrasi cara pemeliharaan rekod iaitu pembaikan tradisional yang telah diadakan di Seksyen Pemeliharaan dan Reprografi ANM.

Turut hadir di dalam kunjungan tersebut adalah Tuan Haji Nassir bin Haji Abdul Aziz (Ketua Pendaftar JKSM), Tuan Mohamad Zakian bin Dio (Pengarah Kanan Kehakiman), Tuan Abu Sufian bin Abu Yaziz (Pengarah Bahagian Pendaftaran, Keurusetian & Rekod (BPKR) JKSM), Ketua Penolong Pengarah JKSM serta Pegawai Rekod negeri.

Last Updated on May 16, 2023

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024(2 events) April 2, 2024(1 event) April 3, 2024 April 4, 2024(1 event) April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024(1 event) April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024(2 events) April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024(2 events) April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024