LAWATAN KERJA PASUKAN TEKNIKAL JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA DAN SYARIKAT SARAWAK INFORMATION SYSTEMS SDN. BHD. (SAINS) KE KAUNTER MAHKAMAH SYARIAH WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

𝑷𝑼𝑻𝑹𝑨𝑱𝑨𝒀𝑨| Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) pada hari ini telah mengadakan lawatan kerja bersama pasukan teknikal SAINS ke Kaunter Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Lawatan yang diketuai sendiri oleh YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM ini diadakan bagi memantau proses pendaftaran kes dalam usaha penambahbaikan Sistem E-Syariah Versi 3 (ESV3).

Sebelum sesi lawatan dijalankan, satu majlis pembukaan telah diadakan di Aras 4 Bilik Mesyuarat Utama MSWP Putrajaya.

Majlis dimulai dengan ucapan aluan telah disampaikan oleh YAA Tuan Haji Asri bin Tahir, Ketua Hakim Syarie, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Dalam ucapannya, YAA Tuan Haji mengalu-alukan kehadiran delegasi JKSM yang diketuai YAA Dato’ Mohd Amran bin Mat Zain dan semua pegawai kanan JKSM bersama pasukan teknikal SAINS sempena sesi lawatan ke MSWP.

Ucapan seterusnya telah disampaikan oleh YAA Dato’ Mohd Amran bin Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM.

Dalam ucapannya, YAA Dato’ telah merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih di atas kesudian YAA Tuan Haji dan MSWP kerana sudi menerima kunjungan delegasi JKSM dan SAINS dan seterusnya mengadakan lawatan pada hari ini.

YAA Dato’ mengulangi iltizam

JKSM untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat dan pada masa yang sama meneruskan kerjasama serta komitmen untuk memartabatkan Kehakiman Syariah di negara ini bersama sokongan dan dokongan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri/Mahkamah Syariah Negeri.

Turut hadir dalam sesi Lawatan Kerja Pasukan Teknikal ini adalah YA Tuan Ahmad Irwan bin Ismail (Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan), Tuan Azzeman bin Omar (Hakim Mahkamah Tinggi Syariah MSWP Kuala Lumpur), Tuan Mamat Haizan bin Salleh (Pengarah BPKR, JKSM), Tuan Jamil bin Ahmad (Ketua Penolong Pengarah Seksyen Rekod BPKR JKSM), Tuan Ahmad Basyir bin Yaakob (Ketua Pendaftar MSWP JKSM), Puan Aliza binti Abu (Ketua Penolong Pengarah BTMK JKSM), Tuan Mohd Amir bin Arifin (Pendaftar MSWP Putrajaya), Pegawai-pegawai Kanan MWSP, Pegawai-pegawai BTMK JKSM, Pasukan Teknikal SAINS dan Pegawai-pegawai Unit Transformasi E-Syariah (UTES).

π‘©π’‚π’‰π’‚π’ˆπ’Šπ’‚π’ 𝑷𝒆𝒏𝒅𝒂𝒇𝒕𝒂𝒓𝒂𝒏, π‘²π’†π’–π’“π’–π’”π’†π’•π’Šπ’‚π’‚π’ 𝒅𝒂𝒏 π‘Ήπ’†π’Œπ’π’…

𝑱𝒂𝒃𝒂𝒕𝒂𝒏 π‘²π’†π’‰π’‚π’Œπ’Šπ’Žπ’‚π’ π‘Ίπ’šπ’‚π’“π’Šπ’‚π’‰ π‘΄π’‚π’π’‚π’šπ’”π’Šπ’‚

Last Updated on February 6, 2024

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024(2 events) April 2, 2024(1 event) April 3, 2024 April 4, 2024(1 event) April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024(1 event) April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024(2 events) April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024(2 events) April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024