LAWATAN MENGEJUT KE UNIT REKOD, JKSN PERAK DAN JABATAN BANTUAN GUAMAN NEGERI PERAK

24 Februari 2021: YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM hari ini berkesempatan membuat lawatan mengejut ke Unit Rekod, JKSN Perak dan Jabatan Bantuan Guaman Negeri Perak selepas selesai menghadari sidang Mahkamah Utama Negeri Perak di JKSN Perak pada sebelah pagi.

Kehadiran YAA Dato’ Setia Dr. telah disambut oleh pegawai rekod JKSN Perak iaitu Puan Raja Maznah binti Raja Hussin dan YAA Dato’ Setia Dr. telah di bawa melihat bilik rekod di JKSN Perak dan diberi taklimat tentang tatacara pengurusan rekod-rekod jabatan dan fail-fail kes di sana.

Selepas itu, YAA Dato’ Setia Dr. bergerak ke JBG Perak dan disambut oleh Pengarah JBG Negeri Perak, Puan Sharifah Izura Syed Mashor dan pegawai dan kakitangan di sana iaitu Puan Norhamiza Binti Ghazali, Liliymaliza Binti Rohseli, Roziana Binti Adnan dan Zuraidah Binti Zainudin.

YAA Dato’ Setia Dr. sempat menitipkan kata kata semangat kepada pegawai-pegawai Syariah yang bertugas di sana dan menekankan bahawa tugas sebagai seorang Peguam syarie di JBG adalah tugas mulia kerana dapat membantu masyarakat yang bermasalah dari segi kekeluargaan tambahan pula dari kalangan mereka yang kurang berkemampuan.

Selain itu, YAA Dato Setia Dr. turut mengharapkan setiap pegawai dan kakitangan mengambil seberapa banyak peluang ilmu dan pengalaman bertugas sebagai peguam syarie di samping mempelajari pelbagai ilmu daripada para pegawai dan rakan sepejabat terdiri pelbagai skim penjawatan.

Turut hadir bersama YAA Dato’ Setia Dr. adalah Tuan Muhamad Yusro bin Borhan Nordin, Ketua Penolong Pengarah, BPKR JKSM.

Last Updated on December 23, 2021

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024(2 events) April 2, 2024(1 event) April 3, 2024 April 4, 2024(1 event) April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024(1 event) April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024(2 events) April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024(2 events) April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024