LAWATAN RASMI KE PROJEK KOMPLEKS MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SABAH

1 September 2021 | YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Hakim Syarie/Ketua Pengarah JKSM hari ini telah melakukan lawatan kerja ke Projek Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Sabah bagi meninjau perkembangan terkini gerak kerja yang dilaksanakan di sana.

Terdahulu, YAA Dato’ Setia Dr. telah mengadakan pertemuan dengan Pengarah JKR Sabah, Tuan Haji Ir. Ali Ahmad bin Hamid bagi membincangkan beberapa perkara berbangkit berkaitan pembangunan Mahkamah Syariah Negeri di Sabah.

Antara yang dibincangkan adalah berkaitan tarikh bagi pihak JKSN Sabah untuk memulakan operasi di bangunan Kompleks Mahkamah Syariah yang baharu, isu pengeluaran Sijil Perakuan Kerja Siap (CPC) oleh pihak JKR Sabah selaku Pegawai Penguasa (SO) pembinaan projek tersebut serta isu perolehan loose furniture di bangunan Mahkamah Syariah Negeri Sabah.

Di dalam sesi lawatan ke kompleks mahkamah, YAA Dato’ Setia Dr. berkesempatan meneliti dan membincangkan berkaitan isu-isu dan permasalahan yang dihadapi oleh pihak kontraktor selain memberi teguran kepada pihak kontraktor bagi kerja yang tidak menepati standard yang ditetapkan dan beberapa kecacatan yang perlu diperbaiki.

Diharapkan agar semua teguran dan isu-isu berbangkit dapat diselesaikan secepat mungkin bagi membolehkan kompleks mahkamah syariah tersebut dapat beroperasi secepat yang mungkin demi keselesaan kakitangan JKSN Sabah dan para pelanggan mahkamah kelak.

Last Updated on December 22, 2021

Kalendar JKSM

Events in June 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
May 27, 2024 May 28, 2024 May 29, 2024 May 30, 2024 May 31, 2024 June 1, 2024 June 2, 2024
June 3, 2024 June 4, 2024 June 5, 2024 June 6, 2024 June 7, 2024 June 8, 2024 June 9, 2024
June 10, 2024 June 11, 2024 June 12, 2024 June 13, 2024 June 14, 2024 June 15, 2024 June 16, 2024
June 17, 2024 June 18, 2024 June 19, 2024 June 20, 2024 June 21, 2024 June 22, 2024 June 23, 2024
June 24, 2024 June 25, 2024 June 26, 2024 June 27, 2024 June 28, 2024 June 29, 2024 June 30, 2024