MAHKAMAH UTAMA SYARIAH PERAK BERSIDANG BUAT KALI PERTAMA

Mahkamah Utama Syariah Perak telah bersidang buat pertama kalinya hari ini bagi mendengar permohonan merayu melibatkan kes harta sepencarian.

Sidang hari ini dibarisi oleh tiga (3) orang panel hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Syarie Perak, Datuk Asa’ari Mohd Yazid, Mantan Presiden Mahkamah Rayuan Persekutuan, Tan Sri Zulkifli Ahmad Makinuddin dan Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) YAA Dato’ Dr. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar.

Mahkamah Utama Syariah Perak merupakan hiererki mahkamah yang paling tinggi selepas Mahkamah Rayuan Syariah sejak pengumuman penubuhannya di dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 5 Disember tahun 2018.

Untuk rekod, Perak merupakan satu-satunya negeri yang mewujudkan Mahkamah Utama Syariah sekaligus mempunyai empat lapisan mahkamah dalam sistem kehakiman syariah di sana.

Manakala negeri-negeri lain setakat ini hanya mempunyai tiga peringkat lapisan mahkamah iaitu Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah.

Dengan wujudnya Mahkamah Utama Syariah ini, pihak-pihak yang bertikai memperolehi dua kali peluang merayu dalam memastikan proses keadilan dapat dilaksanakan dengan baik.

Sebelum ini bagi kes yang bermula di peringkat Mahkamah Tinggi Syariah seperti kes Tuntutan Harta Sepencarian dan Kes Tuntutan Hadhanah (Hak Jagaan Anak), hak merayu hanya sekali sahaja iaitu di Mahkamah Rayuan Syariah sedangkan kebanyakan kes yang didengar adalah berat dan nilai tuntutannya lebih tinggi.

Last Updated on December 23, 2021

Kalendar JKSM

Events in July 2022

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
June 27, 2022(2 events) June 28, 2022(1 event) June 29, 2022 June 30, 2022 July 1, 2022(2 events) July 2, 2022 July 3, 2022
July 4, 2022(1 event) July 5, 2022 July 6, 2022 July 7, 2022 July 8, 2022 July 9, 2022 July 10, 2022
July 11, 2022 July 12, 2022 July 13, 2022 July 14, 2022 July 15, 2022(1 event) July 16, 2022 July 17, 2022
July 18, 2022(1 event) July 19, 2022 July 20, 2022 July 21, 2022 July 22, 2022 July 23, 2022 July 24, 2022
July 25, 2022 July 26, 2022 July 27, 2022(1 event) July 28, 2022(1 event) July 29, 2022(2 events) July 30, 2022 July 31, 2022