MAJLIS AMANAT DAN PERASMIAN MINGGU KEUTUHAN TADBIR URUS DAN AKAUNTABILITI JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PERLIS TAHUN 2022

20 September 2022| YAA Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) pada hari ini berbesar hati untuk bertemu dengan warga Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis (JKSNPs) dan menyampaikan amanat bersempena dengan Majlis Amanat dan seterusnya merasmikan Minggu Keutuhan Tadbir Urus dan Akauntabiliti Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis (JKSNPs).

YAA Dato’ Setia Dr. dalam amanat beliau mengingatkan semua warga kerja JKSNPs agar sentiasa bersama dalam menjalankan amanah serta tugasan dan hendaklah dilakukan dengan sebaik-baiknya.

Semua warga JKSNPs diseru agar sentiasa berusaha menjadi manusia yang baik dan memberi manfaat kepada orang lain.

YAA Dato’ Setia Dr. turut mengingatkan agar program ini dapat memberi peringatan tentang tanggungjawab dalam tadbir urus yang terbaik, menjadi kakitangan yang mempunyai sifat akauntabiliti serta bertanggungjawab.

Sebagai makluman, Minggu Keutuhan Tadbir Urus dan Akauntabiliti ini berlangsung bermula 20 September 2022 hingga 23 September 2022 bertempat di Dewan Utama, JKSNPs. Pengisian program melibatkan pengurusan rekod, perolehan dan kewangan, pengurusan aset, pengurusan sumber manusia, protokol dan etiket sosial dan juga sesi bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Majlis Amanat dan Perasmian Minggu Keutuhan Tadbir Urus dan Akauntabiliti JKSNPs ini dihadiri oleh YA Tuan Mohamad Fauzi bin Hj Ismail, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah yang menanggung tugas Ketua Hakim Syarie, Tuan Mohd Abu Hassan bin Abdullah, Ketua Pendaftar, JKSNPs, pegawai-pegawai dan semua kakitangan JKSNPs.

Seusai majlis, YAA Dato’ Setia Dr. mengambil kesempatan untuk melawat Bahagian Sokongan Keluarga (BSK), Seksyen Negeri Perlis dan Unit Rekod JKSNPs.

Last Updated on September 20, 2022

Kalendar JKSM

Events in May 2024

  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Pahang
    Sidang Mahkamah Rayuan Syariah WP Kuala Lumpur
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Pahang
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Sembilan
    Sidang Mahkamah Rayuan Syariah WP Putrajaya
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Perak