MAJLIS AMANAT SEMPENA MESYUARAT/BENGKEL PEMBINAAN KAEDAH-KAEDAH MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH

5 Ogos 2022| YAA Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah merasmikan Mesyuarat/Bengkel Pembinaan Kaedah-Kaedah Mahkamah Rayuan Syariah bertempat di Dewan Intan 1 & 2, Aras 1, Hotel Raia, Kuala Terengganu.

Program anjuran Seksyen Rayuan, Bahagian Pendaftaran, Keurusetiaan dan Rekod (BPKR) JKSM ini turut disertai oleh Hakim-Hakim Rayuan Syariah JKSM; Tuan Jaidi bin Ahmad, Ketua Unit Kehakiman Syariah dan Undang-undang Keluarga Islam Jabatan Peguam Negara; Tuan Zaim bin Md Yudin, Timbalan Ketua Pengarah Syariah Jabatan Bantuan Guaman; Pengarah-pengarah Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan, Selangor dan Negeri Sembilan serta Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan pegawai-pegawai dari JKSM dan JKSN/ MSN Negeri-negeri yang dilantik.

Dalam amanat YAA Dato’ Setia Dr. menyatakan tujuan dan objektif mesyuarat/bengkel yang dilaksanakan pada tahun ini adalah manifestasi memahami kewujudan keperluan dokumen undang-undang yang bersifat substantif/ peraturan-peraturan khususnya yang berkaitan dengan panduan pentadbiran rayuan di mahkamah syariah sebagaimana kewujudan Kaedah-Kaedah Mahkamah Rayuan 1994 di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, maka adalah dicadangkan suatu kaedah-kaedah seumpamanya turut diwujudkan di Mahkamah Syariah.

Ianya juga dapat menjelaskan lagi mana-mana peruntukan yang telah sedia ada di dalam Akta/ Enakmen/ Ordinan negeri-negeri.

Melalui satu kaedah yang menyeluruh dan komprehensif tersebut, pentadbiran dan pengurusan kes rayuan di Mahkamah Rayuan Syariah negeri-negeri akan lebih tersusun dan seragam antara satu sama lain.

Selain itu, ia bakal memudahkan orang awam dan pengamal undang-undang untuk mematuhi prosedur dengan baik dan berkesan seterusnya memudahkan perjalanan kes rayuan di Mahkamah Syariah menurut Undang-undang dan Hukum Syara’.

Last Updated on August 5, 2022

Kalendar JKSM

October 24, 2022