MAJLIS BACAAN YASIN BULANAN JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA BULAN DISEMBER 2023

𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀| Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah mengadakan Majlis Bacaan Yassin Bulan Disember Tahun 2023 yang telah dihoskan oleh Bahagian Pendaftaran Keurussetiaan dan Rekod (BPKR) bertempat di Bilik Mesyurat Utama, Aras 5, JKSM. Majlis bacaan yasin pada kali ini telah dilaksanakan secara hybrid, fizikal dan secara atas talian melalui aplikasi Cisco Webex. Bacaan Yasin tersebut telah dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Nur Assyariff bin Mohd Saad, Penolong Pegawai Syariah, Bahagian Pendaftaran, Keurusetiaan & Rekod.


Dalam Majlis ini juga, Tuan Abu Suffian bin Abu Yaziz, Pengarah BPKR JKSM merangkap Timbalan Pengerusi Kelab Kebajikan dan Sukan (KKS) JKSM telah mengambil peluang untuk menyampaikan taklimat kepada semua hadirin berkaitan aktiviti yang akan dilaksanakan oleh KKS JKSM bagi tahun 2023 antaranya Majlis Apresiasi Kesyukuran KKS JKSM dengan kerjasama PUSPANITA Cawangan Kecil JKSM pada 20 Disember 2023, Program Pengumpulan Pakaian Terpakai Untuk Sumbangan kepada Mangsa Banjir di Pantai Timur (Terengganu dan Kelantan) dan Pemilihan Barisan Exco KKS JKSM sesi 2024/2026 pada Mesyuarat Agong KKS JKSM yang akan dilaksana pada Februari 2024.


YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Mat Zain, Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie JKSM telah menyampaikan amanat kepada seluruh warga JKSM. YAA Dato’ menyentuh beberapa perkara di dalam amanat beliau antaranya beliau menasihati semua hadirin agar menapis segala maklumat yang diterima daripada segala medium terutama sekali medium media sosial. Beliau menambah lagi, tapisan maklumat tersebut amatlah penting agar tidak menimbulkan perspektif-perspektif negatif di kalangan Masyarakat.


Seusai ucapan amanat YAA Dato’ Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM, majlis diteruskan dengan acara kemuncak iaitu acara cabutan bertuah. 6 pemenang hadiah cabutan bertuah telah diumumkan dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh YAA Dato’ Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM. Majlis berakhir pada jam 10.05 pagi.

Last Updated on December 15, 2023

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024(2 events) April 2, 2024(1 event) April 3, 2024 April 4, 2024(1 event) April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024(1 event) April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024(2 events) April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024(2 events) April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024