MAJLIS BERBUKA PUASA ANJURAN PERSATUAN PEGAWAI SYARIAH MALAYSIA (PPSM)

27 April 2022 | Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM) hari ini telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bersama Ahli-Ahli Persatuan bertempat di Aras 1, Blok C, Kompleks Islam Putrajaya.

Majlis terlebih dahulu dimulakan dengan ucapan aluan oleh Presiden PPSM, Tuan Abu Sufian bin Abu Yaziz sebelum diteruskan dengan ucapan daripada YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM yang juga merupakan penaung PPSM.

YAA Dato’ Setia Dr. dalam ucapannya menzahirkan jutaan terima kasih kepada para tetamu yang terdiri daripada YA Hakim-hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM, YAA Ketua Hakim Syarie Negeri-negeri dan ahli-ahli PPSM yang lain.

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada barisan kepimpinan PPSM di atas penganjuran majlis malam ini dan mengharapkan agar program seumpama terus dilaksanakan bagi menjalinkan hubungan erat sesama ahli selain memastikan kebajikan setiap ahli akan terbela.

Majlis hari ini turut diserikan dengan kehadiran 31 orang guru dan anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Peribadi Mulia dan YAA Dato’ Setia Dr. turut berkesempatan menyampaikan sumbangan duit raya yang diharap serba sedikit memberikan kegembiraan kepada mereka.

Last Updated on April 28, 2022

Kalendar JKSM

Events in May 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 29, 2024(2 events) April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024(2 events) May 3, 2024(1 event) May 4, 2024 May 5, 2024
May 6, 2024(2 events) May 7, 2024 May 8, 2024 May 9, 2024(1 event) May 10, 2024 May 11, 2024 May 12, 2024
May 13, 2024 May 14, 2024 May 15, 2024 May 16, 2024 May 17, 2024 May 18, 2024 May 19, 2024
May 20, 2024 May 21, 2024 May 22, 2024 May 23, 2024 May 24, 2024 May 25, 2024 May 26, 2024
May 27, 2024 May 28, 2024 May 29, 2024 May 30, 2024 May 31, 2024 June 1, 2024 June 2, 2024