MAJLIS PELANCARAN BULAN INTEGRITI NASIONAL 2023

KUALA LUMPUR | Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie JKSM, YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Haji Mat Zain telah menghadiri Majlis Pelancaran Bulan Integriti Nasional 2023 anjuran Institut Integriti Malaysia (IIM) di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur pada pagi tadi.

Majlis yang bertemakan “Integriti Citra Malaysia MADANI” ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara merangkap Pengerusi IIM. Majlis ini turut disaksikan oleh YBhg. Dato’ Seri Dr. Zulkapli Mohamed, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) merangkap Ahli Lembaga Pengarah IIM dan YBhg. Datuk Nor Yahati Awang, Ketua Pegawai Eksekutif IIM.

Di samping pelancaran Bulan Integriti Nasional 2023, turut diadakan Forum bertajuk “Integriti Citra Malaysia Madani”. Forum ini menampilkan tiga orang ahli panel terkemuka iaitu YB Dato’ Murshid Diraja Datuk Dr. Juanda Jaya, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Dr. Noorul Ainur Mohd. Noor, Pengerusi, University College Yayasan Pahang (UCYP) dan YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Abdul Rahman Embong, Profesor Emeritus UKM, Penasihat Khas Persatuan Sains Sosial.

Majlis ini telah dihadiri seramai lebih 400 orang melibatkan Ketua-Ketua Setiausaha, Ketua-Ketua Jabatan, Pengurusan Tertinggi Sektor Korporat dan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO), Ketua-Ketua Unit Integriti dan lain-lain turut menyaksikan secara penstriman langsung di Facebook rasmi IIM.

Last Updated on November 2, 2023

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024(2 events) April 2, 2024(1 event) April 3, 2024 April 4, 2024(1 event) April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024(1 event) April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024(2 events) April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024(2 events) April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024