MAJLIS PELANCARAN DAN PELEPASAN SKUAD MUSA’ADAH KELUARGA MALAYSIA AGENSI DI BAWAH YB MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL ISLAM)

7 Disember 2021 | YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM pagi ini telah berkesempatan menghadiri Majlis Pelancaran dan Pelepasan Skuad Musa’adah Keluarga Malaysia Agensi di bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bertempat di Dataran Kompleks Islam Putrajaya.

Majlis pelancaran tersebut disempurnakan oleh YB Senator Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam) dengan dihadiri oleh ketua-ketua agensi agama.

Skuad Musa’adah yang dilancarkan pagi ini bermatlamat untuk menyampaikan bantuan daripada agensi-agensi kepada golongan asnaf dengan strategi turun padang bagi mencari keluarga yang memerlukan bantuan.

Untuk makluman, konsep ‘Keluarga Malaysia’ menggariskan tiga teras utama dan 20 pengkayaan nilai yang mendasari kerajaan baharu pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, untuk bekerja secara bersama-sama dalam memulihkan negara daripada masalah dan kesan pandemik COVID-19.

Untuk makluman, konsep ‘Keluarga Malaysia’ menggariskan tiga teras utama dan 20 pengkayaan nilai yang mendasari kerajaan baharu pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, untuk bekerja secara bersama-sama dalam memulihkan negara daripada masalah dan kesan pandemik COVID-19.

Bagi pengkayaan nilai-nilai di bawah tiga teras berkenaan termasuk menyemai budaya integriti dalam keluarga, menjadikan budaya amanah sebagai budaya keluarga, menjadikan prinsip keadilan sebagai teras pengukuhan keluarga dan menjadikan amalan bermusyawarah sebagai amalan keluarga.

Nilai lain ialah menerapkan budaya ilmu dalam masyarakat dan keluarga, menyuburkan budaya komunikasi berhemah dalam kalangan keluarga dan masyarakat serta membina akhlak mulia seluruh anggota keluarga.

Turut digariskan ialah nilai kebertanggungjawaban terhadap keluarga, membudayakan amalan ihsan dalam memupuk semangat kebersamaan keluarga, memastikan suasana harmoni dapat dikecapi keluarga serta menyemai budaya khidmat dalam keluarga bagi membantu ahli yang memerlukan bantuan.

Last Updated on February 12, 2022

Kalendar JKSM

Events in March 2023

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
February 27, 2023(1 event) February 28, 2023 March 1, 2023 March 2, 2023 March 3, 2023 March 4, 2023 March 5, 2023
March 6, 2023(1 event) March 7, 2023 March 8, 2023 March 9, 2023 March 10, 2023 March 11, 2023 March 12, 2023
March 13, 2023 March 14, 2023 March 15, 2023 March 16, 2023(1 event) March 17, 2023 March 18, 2023 March 19, 2023
March 20, 2023 March 21, 2023 March 22, 2023(1 event) March 23, 2023 March 24, 2023 March 25, 2023 March 26, 2023
March 27, 2023(1 event) March 28, 2023 March 29, 2023 March 30, 2023(3 events) March 31, 2023(2 events) April 1, 2023 April 2, 2023