MAJLIS PELANCARAN DOKUMEN INISIATIF LELAKI QAWWAM

PUTRAJAYA, 25 Oktober 2022| YAA Dato’ Setia Dr. Hj Mohd Na’im Haji Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarii JKSM menghadiri Majlis Pelancaran Dokumen Inisiatif Lelaki Qawwam anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) awal pagi ini.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Senator Datuk Hj Idris bin Hj Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Inisiatif lelaki Qawwam ini merupakan program di bawah Pelan Tindakan Sosial Islam (PTS) 2019-2025 melalui Teras 1 iaitu Pengukuhan Institusi Keluarga dan Sosial dalam usaha memperkukuhkan peranan kaum lelaki.

“Kerapuhan institusi kekeluargaan hari ini sehingga menyumbang kepada masalah sosial menuntut supaya pendekatan lelaki Qawwam (bertanggungjawab) diperkasakan. Sudah tiba masanya tumpuan khusus diberikan kepada program pembinaan jati diri dan kualiti lelaki Qawwam dengan memperkasakn mereka sebagai pemimpin, pelindung dan pembela kepada wanita ahli keluarga dan masyarakat,” ujar YB Menteri.

“Inisiatif lelaki Qawwam merupakan usaha bagi mengukuhkan pencapaian gagasan Keluarga Malaysia. Justeru, dokumen inisiatif ini diterbitkan sebagai rujukan utama dalam merancang inisiatif lelaki Qawwam di semua peringkat, di samping memperluaskan pelaksanaan inisiatif ini secara lebih komprehensif, berstrategi dan berkesan.”

“Bukan itu sahaja, pelancaran dokumen lelaki Qawwam ini diharapkan dapat dilaksanakan secara kolektif dan bersistematik menerusi jalinan kerjasama antara agensi dan kementerian yang terlibat dalam menjayakan inisiatif ini,” tambah beliau lagi.

Di akhir majlis, dokumen bagi inisiatif lelaki Qawwam telah disampaikan kepada 14 ketua agensi di bawah kendalian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) tersebut untuk dilaksanakan di peringkat Jabatan.

Last Updated on October 25, 2022

Kalendar JKSM

Events in March 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
February 26, 2024(2 events) February 27, 2024(1 event) February 28, 2024 February 29, 2024 March 1, 2024 March 2, 2024 March 3, 2024
March 4, 2024 March 5, 2024 March 6, 2024 March 7, 2024 March 8, 2024 March 9, 2024 March 10, 2024
March 11, 2024 March 12, 2024 March 13, 2024 March 14, 2024(1 event) March 15, 2024(1 event) March 16, 2024 March 17, 2024
March 18, 2024(1 event) March 19, 2024 March 20, 2024(1 event) March 21, 2024 March 22, 2024(1 event) March 23, 2024 March 24, 2024
March 25, 2024(2 events) March 26, 2024(1 event) March 27, 2024(1 event) March 28, 2024 March 29, 2024 March 30, 2024 March 31, 2024