MAJLIS PELUNCURAN PEMBINAAN BANGUNAN BAHARU MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH TIMUR LAUT, PULAU PINANG

𝑷𝑼𝑳𝑨𝑼 𝑷𝑰𝑵𝑨𝑵𝑮 | YAA Dato’ Hj. Mohd Amran bin Hj. Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah menghadiri Majlis Peluncuran Pembinaan Bangunan Baharu Mahkamah Rendah Syariah Daerah Timur Laut, Pulau Pinang pada 8 Februari 2024 (Khamis) bersamaan 27 Rejab 1445H.

Majlis peluncuran ini telah disempurnakan oleh Tuan Yang Tertutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Hj. Abdul Razak, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang.

Turut hadir adalah Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Timbalan speaker dewan DUN, Sohibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri, YB Exco-exco Kerajaan Negeri, Ketua-ketua Agensi Persekutuan dan Negeri, Pegawai dan kakitangan JKS Pulau Pinang.

Semasa TYT Tun menyampaikan lafaz peluncuran bangunan tersebut menzahirkan rasa bangga dengan pembinaan Mahkamah Syariah ini yang melambangkan ketinggian institusi kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang mahupun Malaysia amnya.

TYT Tun turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri yang akan membina bangunan Mahkamah Rendah Syariah ini yang menjadi lambang keadilan Syariah.

Bangunan Mahkamah Rendah Syariah yang akan dibina pada tahun 2024 ini dan akan disiapkan pada tahun 2026 yang menelan belanja sebanyak RM 15 juta adalah bukti jelas kepada pembangunan Syiar Islam di negeri Pulau Pinang.

Selepas lafaz peluncuran, TYT Tun dan dif-dif kehormat telah dipersembahkan montaj peluncuran bangunan dan lawatan ke dewan bicara JKSNPP.

Bagi pihak JKSM, YAA Dato’ merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh warga Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang yang telah berusaha menjayakan majlis peluncuran Mahkamah Rendah Syariah yang menjadi simbol Syariah asas keadilan.

𝑷𝒆𝒋𝒂𝒃𝒂𝒕 𝑲𝒆𝒕𝒖𝒂 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒂𝒓𝒂𝒉 𝑱𝒂𝒃𝒂𝒕𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒉𝒂𝒌𝒊𝒎𝒂𝒏 𝑺𝒚𝒂𝒓𝒊𝒂𝒉 𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂

𝑱𝒂𝒃𝒂𝒕𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒉𝒂𝒌𝒊𝒎𝒂𝒏 𝑺𝒚𝒂𝒓𝒊𝒂𝒉 𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂

Last Updated on February 8, 2024

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024(2 events) April 2, 2024(1 event) April 3, 2024 April 4, 2024(1 event) April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024(1 event) April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024(2 events) April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024(2 events) April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024