MAJLIS PENJELASAN LANJUT MENGENAI INSTITUSI HAKAM DAN HIWALAH DI KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT (KPWKM)

11 Mei 2022 | YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im Hj Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM pagi ini berkesempatan menghadiri jemputan bagi membentangkan penjelasan lanjut mengenai institusi hakam dan hiwalah di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Majlis pembentangan ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, aras 21, KPWKM Putrajaya.

Sesi taklimat ini dilaksanakan selaras dengan pengumuman enam (6) inisiatif pemerkasan wanita dalam Majlis Sambutan Hari Wanita Tahun 2022 yang lalu. Antara inisiatif yang telah diumumkan adalah mengenai pemerkasaan Institusi Hakam dan Hiwalah yang berada di bawah seliaan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.

Antara yang hadir adalah YB Datuk Seri Rina binti Mohd Harun, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YBrs. Dr. Hishamuddin bin Mohd Hashim,Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan YBrs. Dr. Zurina binti Abdul Hamid, Ketua Pengarah, Jabatan Pembangunan Wanita. Manakala YB Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan masyarakat hadir secara dalam talian.

Dalam taklimat tersebut, YAA Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie telah menjelaskan berkenaan Hiwalah dan Institusi Hakam dan diikuti dengan sesi soal jawab.

Semoga dengan taklimat dan sesi penjelasan ini akan dapat memberi pemahaman yang tuntas bagi meningkatkan pentadbiran kehakiman syariah di Malaysia.

Last Updated on May 11, 2022

Kalendar JKSM

Events in April 2022

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
March 28, 2022 March 29, 2022 March 30, 2022 March 31, 2022 April 1, 2022 April 2, 2022 April 3, 2022
April 4, 2022(1 event) April 5, 2022 April 6, 2022(1 event) April 7, 2022 April 8, 2022 April 9, 2022 April 10, 2022
April 11, 2022 April 12, 2022(1 event) April 13, 2022(2 events) April 14, 2022 April 15, 2022(1 event) April 16, 2022 April 17, 2022
April 18, 2022(1 event) April 19, 2022(1 event) April 20, 2022(1 event) April 21, 2022(1 event) April 22, 2022(2 events) April 23, 2022 April 24, 2022
April 25, 2022(1 event) April 26, 2022 April 27, 2022 April 28, 2022 April 29, 2022 April 30, 2022 May 1, 2022