MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN MUSAADAH KELAB KEBAJIKAN DAN SUKAN JKSM (KKS) SEMPENA RAMADAN AL MUBARAK 1443H SIRI KEDUA (II)

Kelab Kebajikan dan Sukan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan Musaadah KKS JKSM Siri Kedua sempena Ramadan Al-Mubarak 1443H.

YAA Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM yang juga merupakan penaung KKS JKSM telah sudi menyampaikan sumbangan kepada 50 orang penerima bantuan yang terdiri daripada kumpulan pelaksana JKSM.

Sumbangan yang diberikan adalah berupa barang-barang keperluan asas seperti beras 5kg, bihun, sardin, maggi, gula dan lain-lain.

Sumbangan ini adalah hasil tajaan Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI).

Majlis yang diadakan di Bilik Gerakan KKS, Aras 6, JKSM ini turut disaksikan oleh Pengerusi KKS; YA Datuk Mohd Amran bin Mat Zain dan Timbalan Pengerusi KKS; Tuan Abu Suffian bin Abu Yaziz.

Last Updated on April 28, 2022

Kalendar JKSM

Week of Mar 27th

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
March 27, 2023 March 28, 2023 March 29, 2023 March 30, 2023 March 31, 2023 April 1, 2023 April 2, 2023