MAJLIS PENYERAHAN DOKUMEN PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA 2021-2025

22 November 2022 | Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK) telah mengadakan Majlis Penyerahan Dokumen Pelan Strategik Pendigitalan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (PSP JKSM) 2021-2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, JKSM.

Majlis penyampaian telah disempurnakan oleh YAA Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Naim bin Haji Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM kepada Ketua Pendaftar, Pengarah Kanan (Pengurusan), Pengarah Kanan (Kehakiman), pengarah-pengarah bahagian dan ketua unit.

Dokumen PSP JKSM merupakan dokumen utama yang akan dijadikan rujukan utama bagi perancangan pelaksanaan projek ICT jabatan selama lima tahun. Sebanyak 4 teras, 13 strategi dan 50 program telah dirancang yang akan direalisasikan sepanjang tahun 2021-2025 ke arah mencapai visi dan misi pendigitalan JKSM.

YAA Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie dalam ucapan aluan mengingatkan semua pemilik program untuk meningkatkan lagi usaha dalam memastikan program-program yang dilaksanakan dapat diselesaikan mengikut tempoh yang telah dinyatakan di dalam PSP ini. Beliau juga merakamkan ucapan tahniah kepada program yang telah selesai dilaksanakan pada tahun 2022 iaitu Projek Pembangunan e-Syariah versi 3, Kajian Pelaksanaan Dokumen Digital serta Pewujudan Jawatankuasa Kandungan Portal JKSM.

Akhir kata, YAA Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie berharap perancangan bagi setiap program PSP 2021-2025 ini dapat dilaksanakan secara cekap dan tersusun bagi menyokong visi, misi serta objektif JKSM.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar sebagai kenangan.

Last Updated on November 22, 2022

Kalendar JKSM

Events in February 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
January 29, 2024(1 event) January 30, 2024 January 31, 2024 February 1, 2024 February 2, 2024 February 3, 2024 February 4, 2024
February 5, 2024(1 event) February 6, 2024 February 7, 2024 February 8, 2024 February 9, 2024 February 10, 2024 February 11, 2024
February 12, 2024 February 13, 2024(1 event) February 14, 2024 February 15, 2024(1 event) February 16, 2024(1 event) February 17, 2024 February 18, 2024
February 19, 2024(1 event) February 20, 2024 February 21, 2024 February 22, 2024 February 23, 2024(1 event) February 24, 2024 February 25, 2024
February 26, 2024(2 events) February 27, 2024(1 event) February 28, 2024 February 29, 2024 March 1, 2024 March 2, 2024 March 3, 2024