MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG KELAB KEBAJIKAN DAN SUKAN JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA TAHUN 2022

15 Mac 2022 | YAA Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah merasmikan Mesyuarat Agung Kelab Kebajikan dan Sukan (KKS) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) Tahun 2022 yang diadakan secara dalam talian jam 2.30 petang tadi.

YAA Dato’ Setia Dr. yang juga merupakan Penaung KKS JKSM mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas komitmen semua warga JKSM berkumpul dalam Mesyuarat Agung dan Pemilihan Ahli Jawatankuasa Baharu Sesi 2022/2024, Kelab Kebajikan Dan Sukan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.

YAA Dato’ Setia Dr. juga memberi ucapan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa Kelab Kebajikan dan Sukan (KKS) JKSM pimpinan YA Dato’ Haji Mohd Amran Bin Haji Mat Zain yang telah melakarkan kejayaan cemerlang kerana sekalipun melalui tempoh sukar sepanjang tahun 2020 hingga 2022 dalam menempuh cabaran bagi pelaksanaan aktiviti di kala pendemik COVID-19, namun tetap juga berjaya melangsungkan beberapa aktiviti yang dirancang.

Antara aktiviti yang berjaya dilaksanakan seperti penyampaian sumbangan kepada yang memerlukan, aktiviti sukan dan riadah (berbasikal, aktiviti sukan lasak, memanah, bowling), program kerohanian, program bual bicara JKSM, serta yang terkini program kesukarelawan bantuan musibah banjir.

YAA Dato’ Setia Dr. juga menyeru jawatankuasa baharu selepas ini akan dapat meneruskan legasi kecemerlangan, komited bahkan sentiasa menambah baik dari semasa ke semasa dalam menjayakan apa juga bentuk program kepada warga JKSM.

Beliau juga berharap agar setiap individu daripada semua peringkat dapat meneruskan usaha murni untuk mempertingkatkan lagi kecemerlangan KKS JKSM dengan memperkasakan semangat kerja berpasukan sesama warga supaya dapat menghasilkan kerja yang berkualiti, kreatif, inovatif dan progresif demi mencapai objektif penubuhan Kelab ini.

Usai Majlis Perasmian, Mesyuarat Agung diteruskan dengan pembentangan minit mesyuarat, aktiviti dan belanjawan 2021/2022 serta pemilihan barisan jawatankuasa yang baharu sesi 2022/2024.

Alhamdullilah, barisan jawatankuasa bagi sesi 2020/2022 dikekalkan kecuali pegawai yang telah berpindah melalui usul yang dipersetujui oleh majoriti ahli KKS.

Last Updated on Mac 15, 2022

Kalendar JKSM

Events in September 2022

Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
Ogos 29, 2022(1 event) Ogos 30, 2022(1 event) Ogos 31, 2022 September 1, 2022(2 events) September 2, 2022(1 event) September 3, 2022 September 4, 2022
September 5, 2022 September 6, 2022 September 7, 2022 September 8, 2022 September 9, 2022 September 10, 2022 September 11, 2022
September 12, 2022(1 event) September 13, 2022(1 event) September 14, 2022(2 events) September 15, 2022(2 events) September 16, 2022 September 17, 2022 September 18, 2022
September 19, 2022(2 events) September 20, 2022 September 21, 2022 September 22, 2022(1 event) September 23, 2022(1 event) September 24, 2022 September 25, 2022
September 26, 2022 September 27, 2022(2 events) September 28, 2022 September 29, 2022 September 30, 2022(1 event) Oktober 1, 2022 Oktober 2, 2022