πππππ ππππππ | YAA Datoβ Haji Mohd Amran bin Haji Mat Zain, Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia hari ini berbesar hati menziarahi dan meninjau Reruai No.20 Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) diperkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil.
Beliau juga berkesempatan menyambut kedatangan YB Senator Datoβ Setia Dr. Hj. Mohd Naβim bin Hj. Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Hal Ehwal Agama) untuk beramah mesra bersama para pengunjung yang hadir ke pameran pada hari ini sempena Majlis Perasmian Penutupan program Setahun Bersama Kerajaan Madani yang telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.
Alhamdulillah, Malaysia di bawah pimpinan Kerajaan MADANI sedang menuju arah yang betul untuk menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi. Kejayaannya bersandar pada nilai-nilai kemampanan, kesejahteraan, keyakinan, ihsan, hormat, dan daya cipta dalam kalangan rakyat.
Majlis Sambutan Setahun Bersama Kerajaan Madani telah melabuhkan tirai pada hari ini setelah 3 hari berlangsung bermula 8-10 Disember 2023 dengan jayanya dan mendapat sambutan yang amat baik di kalangan masyarakat.
Last Updated on December 10, 2023