MAJLIS PERASMIAN PERSIDANGAN KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN SYARIAH NUSANTARA 2020

29 September 2020: YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, Perdana Menteri Malaysia hari ini telah merasmikan Persidangan Kehakiman dan Perundangan Syariah Nusantara Tahun 2020 bertempat di Movenpick Convention Center, KLIA.

Majlis yang bermula jam 11.00 pagi dimulakan dengan ucapan aluan YAA Dato’ Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM yang mengambil kesempatan memaklumkan tentang objektif persidangan yang bertemakan “Aplikasi Maqasid Syariah: Ke Arah Pembudayaan Norma Baru Dalam Sistem Kehakiman dan Perundangan Syariah”.

YAA Dato’ Dr. turut memaklumkan bahawa persidangan peringkat Nusantara ini merupakan persidangan kali kedua penganjurannya di Malaysia, lanjutan daripada kejayaan penganjuran persidangan kali pertama, yang telah diadakan dari 7 hingga 9 November 2016.

Di dalam ucapan perasmian, YAB Perdana Menteri terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih atas jemputan dan mengalu-alukan semua hadirin yang menyertai persidangan ini baik di Malaysia mahupun di Negara Brunei Darussalam, Singapura dan Indonesia yang mengikuti persidangan ini secara sidang video.

YAB Perdana Menteri dalam ucapannya menegaskan bahawa Kerajaan sentiasa komited menyokong usaha yang boleh menyumbang ke arah meninggikan martabat institusi kehakiman dan perundangan syariah di Malaysia.

Antara langkah diambil bagi tujuan itu ialah melakukan penambahbaikan berterusan terhadap bidang kuasa mahkamah syariah, perjawatan hakim syarie dan profesionalisme pegawai mahkamah dari semasa ke semasa.

Beliau berharap Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia mengambil inisiatif untuk mewujudkan suatu forum yang berperanan sebagai medium pertukaran maklumat dan amalan terbaik institusi kehakiman syariah yang boleh dikongsi dengan negara serantau seperti Brunei, Singapura serta Indonesia dan dapat diadakan secara berterusan dalam membantu kerajaan dan pihak berkuasa agama negeri mendapatkan penjelasan berhubung isu syarak yang kadang-kala agak rumit untuk ditangani secara bersendirian.

Untuk rekod, persidangan kali ini telah mengumpulkan seramai 580 peserta terdiri daripada Ketua Hakim Syarie Negeri-negeri, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Pendakwa Syari’e, para peguam Jabatan Bantuan Guaman, Pegawai Sulh, Pegawai Bahagian Sokongan Keluarga dan lain-lain.

Last Updated on December 23, 2021

Kalendar JKSM

Events in July 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
July 1, 2024 July 2, 2024 July 3, 2024 July 4, 2024 July 5, 2024 July 6, 2024 July 7, 2024
July 8, 2024 July 9, 2024 July 10, 2024 July 11, 2024 July 12, 2024 July 13, 2024 July 14, 2024
July 15, 2024 July 16, 2024 July 17, 2024 July 18, 2024 July 19, 2024 July 20, 2024 July 21, 2024
July 22, 2024 July 23, 2024 July 24, 2024 July 25, 2024 July 26, 2024 July 27, 2024 July 28, 2024
July 29, 2024 July 30, 2024 July 31, 2024 August 1, 2024 August 2, 2024 August 3, 2024 August 4, 2024