MAJLIS TAKLIMAT SOP HUKUMAN SEBATAN LUAR PENJARA & GARIS PANDUAN PERINTAH KEHADIRAN WAJIB (PKW) BAGI PESALAH SYARIAH SIRI 2 ZON UTARA

25 Februari 2022 | Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia hari ini telah mengadakan Siri kedua Majlis Taklimat SOP Hukuman Sebatan Luar Penjara & Garis Panduan Perintah Kehadiran Wajib (PKW) bagi Pesalah Syariah Zon Utara bertempat di Dewan Sri Pinang, Georgetown, Pulau Pinang.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh YAA Dato’ Muhamad Abdul Karim bin Wahab, Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang yang juga merupakan penganjur bersama di dalam majlis hari ini sebelum diteruskan dengan ucapan perasmian oleh YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM melalui sidang video secara dalam talian.

YAA Dato’ Setia Dr. yang berada di Sabah bagi mempengerusikan sidang rayuan syariah di sana terlebih dahulu mengalu-alukan kehadiran para peserta dan tetamu jemputan serta penghargaan khusus kepada YAA Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang atas kesudian menjadi penganjur bersama bagi sesi taklimat hari ini.

Menurut YAA Dato’ Setia Dr., majlis taklimat ini adalah siri kedua yang dirancang oleh JKSM dengan kerjasama Jabatan Kehakiman Syariah Negeri/ Mahkamah Syariah Negeri dan didukung bersama oleh Jabatan Penjara Malaysia yang mana siri pertama telah diadakan pada 21/2/2022 yang melibatkan negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Taklimat ini bertujuan memastikan wujudnya koordinasi dan kerjasama padu antara Mahkamah Syariah di Negeri dan Daerah dengan Pejabat Pengarah Penjara Negeri dan Pejabat Parol Daerah selain medan bagi bertukar-tukar pandangan dan mengenali antara satu sama lain bagi memudahkan urusan pelaksanaan kedua-dua SOP dan Garis Panduan tersebut selepas ini.

Tambah YAA Dato’ Setia Dr., program selama sehari ini diisi dengan taklimat daripada Pegawai Kanan JKSM, Pegawai Kanan Penjara dan Majistret negeri Melaka yang mana pegawai-pegawai ini terlibat secara langsung di dalam jawatankuasa penggubalan kedua-dua buku serta terlibat di dalam melaksanakan SOP Sebatan dan PKW.

Di akhir ucapan, YAA Dato’ Setia Dr. sekali lagi merakamkan penghargaan kepada kepada YAA Dato KHS Pulau Pinang, YAA Tuan KHS Perlis dan YAA Tuan KHS Perak, ketua-ketua jabatan termasuklah Pengarah penjara negeri yang sudi memberikan kebenaran kepada para pegawai berkenaan untuk menghadiri majlis taklimat hari ini.

Untuk rekod, majlis taklimat ini dihadiri oleh Pengarah Penjara Negeri-negeri, Hakim-Hakim Mahkamah Syariah, Ketua-ketua Pendaftar, Pendakwa Syarie dan pegawai kanan di Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

Last Updated on February 25, 2022

Kalendar JKSM

Events in May 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 29, 2024(2 events) April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024(2 events) May 3, 2024(1 event) May 4, 2024 May 5, 2024
May 6, 2024(2 events) May 7, 2024 May 8, 2024 May 9, 2024(1 event) May 10, 2024 May 11, 2024 May 12, 2024
May 13, 2024 May 14, 2024 May 15, 2024 May 16, 2024 May 17, 2024 May 18, 2024 May 19, 2024
May 20, 2024 May 21, 2024 May 22, 2024 May 23, 2024 May 24, 2024 May 25, 2024 May 26, 2024
May 27, 2024 May 28, 2024 May 29, 2024 May 30, 2024 May 31, 2024 June 1, 2024 June 2, 2024