MESYUARAT BERKAITAN DENGAN KOS MAKAN MINUM PENGHUTANG PENGHAKIMAN DALAM PENJARA BAGI KES PENGKOMITAN SYARIAH

RABU (8 Disember 2021) – Tuan Haji Nassir bin Abdul Aziz, Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah berkesempatan menghadiri Mesyuarat berkaitan dengan kos makan minum Penghutang Penghakiman dalam Penjara bagi kes Pengkomitan Syariah yang diadakan di Jabatan Penjara Malaysia.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Tuan TKP Abdul Halim bin Ma Hasan, Timbalan Pengarah Dasar Kepenjaraan (Seksyen Residivis), Jabatan Penjara Malaysia.

Turut hadir dalam mesyuarat hari ini adalah Pengarah Kanan Kehakiman JKSM, Pengarah BDP JKSM, Ketua Penolong Pengarah BSK JKSM, Penasihat Undang-Undang Jabatan Penjara Malaysia dan Penasihat Undang-Undang Kementerian Dalam Negeri serta pegawai-pegawai kanan Jabatan Penjara Malaysia.

Untuk rekod, Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan isu kos makan minum Penghutang Penghakiman dalam penjara bersama Jabatan Penjara Malaysia.

Mesyuarat telah bersetuju untuk menetapkan bahawa Pemiutang Penghakiman dalam kes pengkomitan Syariah tidak perlu menanggung kos tersebut terpakai di penjara seluruh Malaysia.

Semoga dengan keputusan dan ketetapan yang dimuktamadkan ini dapat membantu golongan yang tidak berkemampuan selari dengan usaha Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) menyantuni gagasan Keluarga Malaysia terutama dalam tempoh pasca pandemik COVID-19 yang sangat mencabar.

Last Updated on February 13, 2022

Kalendar JKSM

Events in May 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 29, 2024 April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024
May 6, 2024 May 7, 2024 May 8, 2024 May 9, 2024 May 10, 2024 May 11, 2024 May 12, 2024
May 13, 2024 May 14, 2024 May 15, 2024 May 16, 2024 May 17, 2024 May 18, 2024 May 19, 2024
May 20, 2024 May 21, 2024 May 22, 2024 May 23, 2024 May 24, 2024 May 25, 2024 May 26, 2024
May 27, 2024 May 28, 2024 May 29, 2024 May 30, 2024 May 31, 2024 June 1, 2024 June 2, 2024