MESYUARAT JAWATANKUASA KUMPULAN WANG AMANAH SOKONGAN KELUARGA (KWASK) BIL. 2 TAHUN 2021

ISNIN (6 Disember 2021) – YAA Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah berkesempatan menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kumpulan Wang Amanah Sokongan Keluarga (KWASK) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Bil. 2 Tahun 2021. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Jamil Bin Rakon, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK) Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Untuk rekod, Mesyuarat Jawatankuasa KWASK Bil. 2 Tahun 2021 diadakan selaras dengan perenggan 6 Surat Ikatan Amanah KWASK yang menyatakan Jawatankuasa Akaun hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun. Mesyuarat telah dibentangkan dengan kedudukan dan prestasi semasa KWASK serta telah membincangkan hala tuju pada tahun 2022.

Semoga segala pandangan dan ulasan yang diberikan akan dapat dilaksanakan dalam usaha Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) menyantuni Keluarga Malaysia terutama dalam tempoh pasca pandemik COVID-19 yang sangat mencabar.

Last Updated on Februari 12, 2022

Kalendar JKSM

Events in Ogos 2022

Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
Ogos 1, 2022 Ogos 2, 2022 Ogos 3, 2022 Ogos 4, 2022 Ogos 5, 2022 Ogos 6, 2022 Ogos 7, 2022
Ogos 8, 2022 Ogos 9, 2022 Ogos 10, 2022 Ogos 11, 2022 Ogos 12, 2022 Ogos 13, 2022 Ogos 14, 2022
Ogos 15, 2022 Ogos 16, 2022 Ogos 17, 2022 Ogos 18, 2022 Ogos 19, 2022 Ogos 20, 2022 Ogos 21, 2022
Ogos 22, 2022 Ogos 23, 2022 Ogos 24, 2022 Ogos 25, 2022 Ogos 26, 2022 Ogos 27, 2022 Ogos 28, 2022
Ogos 29, 2022 Ogos 30, 2022 Ogos 31, 2022 September 1, 2022 September 2, 2022 September 3, 2022 September 4, 2022