MESYUARAT KETUA-KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH SYARIAH SELURUH MALAYSIA KALI KE-73 BIL. 3 TAHUN 2022

17-19 Ogos 2022: Bahagian Pendaftaran, Keurusetiaan dan Rekod (BPKR) JKSM telah mengadakan Mesyuarat Ketua-ketua Pendaftar Mahkamah Syariah Seluruh Malaysia bertempat di Hotel Felda Residence, Kuala Terengganu.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Haji Nassir bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pendaftar JKSM dan dihadiri oleh Ketua-ketua Pendaftar Mahkamah Syariah Seluruh Malaysia, Pengarah Kanan Kehakiman, Pengarah-pengarah Bahagian.

YBrs. Tuan Pengerusi telah memulakan ucapan aluannya dengan merakamkan ucapan tahniah kepada YAA Dato’ Haji Wan Mohd Zakri bin Wan Mohd, Ketua Hakim Syarie JKSN Terengganu di atas penganugerahan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Terengganu (DPMT) yang membawa gelaran Dato’ dan juga empat orang Pegawai Syariah dari Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu yang turut menerima darjah kebesaran negeri.

Selanjutnya YBrs. Tuan Pengerusi telah menyentuh beberapa isu yang berkaitan dari semua bahagian di JKSM, iaitu dari Bahagian Pendaftaran Keurussetiaan dan Rekod (BPKR), Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK) serta Bahagian Pusat Sumber Maklumat dan Penerbitan (BPSMP), Bahagian Sokongan Keluarga (BSK).

Pada mesyuarat pada kali ini, sebanyak satu Kertas Cadangan dan dua kertas makluman telah dibentangkan dalam mesyuarat ini, iaitu:

1. Pembentangan Kertas Cadangan Penyelarasan Penggunaan Sistem Perpustakaan Bersepadu KOHA sebagai Sistem Pengurusan Perpustakaan (Library Management System) di Pusat Sumber JKSM/JKSN/MSN

2. Kertas Makluman Pencapaian KPI Penyelesaian Kes Penceraian Bagi Tahun 2022

3. Kertas Makluman Penemuan Naziran Keselamatan ICT JKSM di JKSN Pulau Pinang, Perlis dan Kedah.

Selain itu, YBrs. Tuan Pengarah Kanan Kehakiman telah memberikan penerangan ringkas berkaitan dengan peruntukan seksyen 161 Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998 berhubung pelaksanaan perintah hiwalah.

Dalam ucapan penutup, YBrs. Tuan Pengerusi telah menzahirkan harapan yang tinggi agar semua perkara yang telah dibincangkan dapat diberi perhatian yang serius sama ada di JKSM/JKSN dan MSN.

Last Updated on August 19, 2022

Kalendar JKSM

Events in March 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
February 26, 2024 February 27, 2024 February 28, 2024 February 29, 2024 March 1, 2024 March 2, 2024 March 3, 2024
March 4, 2024 March 5, 2024 March 6, 2024 March 7, 2024 March 8, 2024 March 9, 2024 March 10, 2024
March 11, 2024 March 12, 2024 March 13, 2024 March 14, 2024 March 15, 2024 March 16, 2024 March 17, 2024
March 18, 2024 March 19, 2024 March 20, 2024 March 21, 2024 March 22, 2024 March 23, 2024 March 24, 2024
March 25, 2024 March 26, 2024 March 27, 2024 March 28, 2024 March 29, 2024 March 30, 2024 March 31, 2024