MESYUARAT KETUA-KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH SYARIAH SELURUH MALAYSIA KALI KE-73 BILANGAN 1 TAHUN 2022

PUTRAJAYA, 8 Mac 2022: Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah mengadakan Mesyuarat Ketua-Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah Seluruh Malaysia Kali Ke-73 Bilangan 1 Tahun 2022 secara dalam talian menggunakan aplikasi Cisco Webex.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Haji Nassir bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pendaftar JKSM dan dihadiri oleh Ketua-ketua Pendaftar Mahkamah Syariah Seluruh Malaysia, Pengarah-pengarah Kanan dan Pengarah-pengarah Bahagian JKSM.

Mesyuarat kali ini merupakan mesyuarat kali yang pertama melibatkan jemputan dari wakil agensi iaitu dari Jabatan Peguam Negara, Jabatan Bantuan Guaman dan Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan.

Dua kertas makluman telah dibentangkan dalam mesyuarat ini iaitu Kertas Makluman Mengenai Pandangan Jabatan Peguam Negara Mengenai Isu Pengurusan Tatatertib di JKSM, yang disampaikan oleh Puan Salwani binti Khalid, Ketua Unit Integriti, JKSM dan Kertas Makluman Kajian Mahkamah dan Hakim Tanfiz yang disampaikan Pengarah Bahagian Dasar dan Penyelidikan JKSM.

Last Updated on March 9, 2022

Kalendar JKSM

Events in May 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 29, 2024(2 events) April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024(2 events) May 3, 2024(1 event) May 4, 2024 May 5, 2024
May 6, 2024(2 events) May 7, 2024 May 8, 2024 May 9, 2024(1 event) May 10, 2024 May 11, 2024 May 12, 2024
May 13, 2024 May 14, 2024 May 15, 2024 May 16, 2024 May 17, 2024 May 18, 2024 May 19, 2024
May 20, 2024 May 21, 2024 May 22, 2024 May 23, 2024 May 24, 2024 May 25, 2024 May 26, 2024
May 27, 2024 May 28, 2024 May 29, 2024 May 30, 2024 May 31, 2024 June 1, 2024 June 2, 2024