MESYUARAT KHAS HAKIM RAYUAN SYARIAH JKSM BERSAMA SEKSYEN RAYUAN, BPKR, JKSM

KUALA PERLIS| Bahagian Pendaftaran, Keurusetiaan dan Rekod (BPKR), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah mengadakan Mesyuarat Khas Hakim Rayuan Syariah JKSM Bersama Seksyen Rayuan, BPKR JKSM Tahun 2023 bertempat di Dewan Brasmana, Hotel Putra Brasmana, Perlis.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YAA Dato’ Mohd Amran bin Mat Zain, Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie JKSM.

Seramai 38 orang peserta telah hadir yang terdiri daripada Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM, Ketua Pendaftar JKSM, Pengarah Kanan Kehakiman JKSM, Pengarah-pengarah Bahagian di JKSM, pegawai penyelidik HMRyS JKSM, setiausaha pejabat JKSM dan pegawai- pegawai dari seksyen rayuan, BPKR JKSM.

Di antara objektif pembinaan Kaedah-Kaedah Mahkamah Rayuan Syariah ialah:

1. Membincangkan permasalahan dan isu-isu yang timbul berkaitan pendaftaran dan pengurusan kes rayuan serta semakan;

2. Membincang penambahbaikan pengurusan dan prosedur rayuan dan semakan supaya ianya dapat dilaksanakan di seluruh JKSN/ MSN Negeri yang menggunakan khidmat panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM;

3. Memastikan JKSM khususnya pengurusan rayuan di mahkamah- mahkamah yang dikendalikan HMRyS JKSM berkualiti, bersistematik dan boleh menjadi contoh tauladan sama ada dari segi pengurusan, penghakiman dan sebagainya.

Disediakan oleh:

Urus setia

Mesyuarat Khas Hakim Rayuan Syariah JKSM Bersama Seksyen Rayuan, BPKR JKSM Tahun 2023

Last Updated on November 2, 2023

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024(2 events) April 2, 2024(1 event) April 3, 2024 April 4, 2024(1 event) April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024(1 event) April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024(2 events) April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024(2 events) April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024