MESYUARAT KHAS SEKSYEN RAYUAN BERSAMA HAKIM RAYUAN SYARIAH JKSM BIL 1/2022

10 Mac 2022 | Seksyen Rayuan BPKR JKSM hari ini telah mengurusetiakan Mesyuarat Khas Bersama Hakim Rayuan Syariah JKSM bertempat di Hotel Bahang Bay, Georgetown, Pulau Pinang.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM manakala ahli mesyuarat terdiri daripada Hakim-Hakim Rayuan Syarie JKSM, Ketua Pendaftar JKSM, Pengarah Kanan Pengurusan JKSM, Pengarah-pengarah Bahagian dan Pegawai Penyeledik Hakim Rayuan Syariah JKSM.

Tujuan utama mesyuarat adalah bagi membincangkan isu-isu berbangkit berkaitan pengurusan rayuan di mahkamah-mahkamah yang dikendalikan oleh panel rayuan JKSM bagi memastikan ianya sentiasa teratur dan sistematik.

YAA Dato’ Setia Dr. dalam ucapannya telah merakamkan penghargaan kepada barisan Hakim-hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM, Pegawai Penyelidik dan Seksyen Rayuan JKSM atas kejayaan mencapai KPI yang ditetapkan pada tahun 2021.

Sebanyak 396 kes telah berjaya diselesaikan dalam tempoh kurang 6 bulan didaftarkan dengan peratusan yang dicapai adalah sebanyak 132% dan jumlah tersebut telah melebihi sasaran iaitu penyelesaian sebanyak 90% kes (anggaran 300 kes).

Bagi kes semakan pula, sasaran yang diletakkan adalah bagi mencapai 90% penyelesaian kes semakan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh mula pendengaran dan pada tahun 2021, pencapaiannya adalah 100% (59 kes).

Selain itu, barisan panel rayuan turut berjaya mencapai KPI dalam penyediaan alasan penghakiman dimana sebanyak 353 AP berjaya disiapkan dalam tempoh 14 hari selepas keputusan (sasaran 90%).

Di akhir ucapan, YAA Dato’ Setia Dr. mengharapkan agar semua pihak terus berusaha keras dalam memastikan penghakiman dan alasan penghakiman sentiasa berkualiti dan menepati hukum syarak kerana ianya akan menjadi bench mark kepada masyarakat awam di luar sana.

Last Updated on Mac 10, 2022

Kalendar JKSM

Events in Februari 2023

Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
Januari 30, 2023(1 event) Januari 31, 2023(1 event) Februari 1, 2023 Februari 2, 2023(2 events) Februari 3, 2023 Februari 4, 2023 Februari 5, 2023
Februari 6, 2023 Februari 7, 2023(1 event) Februari 8, 2023 Februari 9, 2023(1 event) Februari 10, 2023(1 event) Februari 11, 2023 Februari 12, 2023
Februari 13, 2023(1 event) Februari 14, 2023(1 event) Februari 15, 2023 Februari 16, 2023 Februari 17, 2023 Februari 18, 2023 Februari 19, 2023
Februari 20, 2023(1 event) Februari 21, 2023(1 event) Februari 22, 2023(1 event) Februari 23, 2023 Februari 24, 2023 Februari 25, 2023 Februari 26, 2023
Februari 27, 2023(1 event) Februari 28, 2023 Mac 1, 2023 Mac 2, 2023 Mac 3, 2023 Mac 4, 2023 Mac 5, 2023