MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ)-JKSM BIL. 3 / 2022

16 November 2022 | Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia (BKPSM) telah mengadakan Mesyuarat MBJ-JKSM Bil. 3 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 5, JKSM.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM ini merupakan mesyuarat siri ketiga dan terakhir bagi tahun 2022.

Mesyuarat MBJ-JKSM ini merupakan forum perbincangan di antara Pihak Pegawai dan Pihak Pekerja dalam menyelesaikan isu-isu berbangkit, selain ahli-ahli MBJ turut berperanan menyumbang idea-idea inovasi berkaitan tadbir urus jabatan bagi memastikan peningkatan prestasi dan produktiviti yang berterusan.

Sebagai makluman, 5 usul telah dibangkitkan oleh pihak pekerja untuk dibincangkan pada hari ini, selain cadangan usul daripada majikan juga diutarakan berkaitan pindaan perlembagaan MBJ JKSM untuk mendapat mandat kesemua ahli mesyuarat hari ini.

Turut hadir dalam mesyuarat hari ini ialah YBrs Tuan Haji Nassir Bin Abd Aziz (Ketua Pendaftar JKSM), Puan Azlina Binti Abd Aziz (Pengarah Kanan Pengurusan JKSM), Tuan Mohamad Zakian Bin Dio (Pengarah Kanan Kehakiman JKSM), Encik Mohd Amiruddin Bin Hamzah (Pengarah BKPSM) dan Tuan Mohamad Shahidan bin Abdul Ghapar, selaku Pengerusi MBJ yang mewakili pihak pekerja.

Last Updated on November 16, 2022

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024 April 2, 2024 April 3, 2024 April 4, 2024 April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024 April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024 April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024 April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024