MESYUARAT PASCA KABINET BIL. 26/2023 AGENSI HAL EHWAL AGAMA

𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀 | Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah diamanahkan untuk menjadi Host bagi Mesyuarat Pasca Kabinet Bil. 26/2023 yang dipengerusikan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im Haji Mokhtar Menteri Hal Ehwal Agama (Hal Ehwal Agama) bersama Ketua-ketua Agensi Agama. Beliau telah memberi pengarahan kepada semua agensi hal ehwal agama untuk sentiasa pantas dan responsif bagi menangani isu-isu semasa berkaitan bidang tugas agensi masing-masing.


Usai mesyuarat tersebut, YAA Dato’ Hj. Mohd Amran, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie selaku tuan rumah telah megiringi YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk membuat lawatan ke Bahagian-bahagian dan unit di JKSM untuk berjumpa mata dan memberi kata-kata nasihat agar sistem kehakiman syariah yang didokong ini sentiasa terus dipertingkatkan.


Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih diatas kepercayaan YB Menteri di jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk menjadi tuan rumah pada mesyuarat pada kali ini. Semoga dengan mesyuarat mingguan Agensi Hal Ehwal Agama ini menjadikan rapatnya tali silaturahim di antara agensi-agensi hal ehwal agama dan memastikan koordinasi yang baik adalah penting bagi mencapai matlamat bersama ke arah penyempurnaan sistem kehakiman syariah di Malaysia.


𝑼𝒏𝒊𝒕 𝑲𝒐𝒎𝒖𝒏𝒊𝒌𝒂𝒔𝒊 𝑲𝒐𝒓𝒑𝒐𝒓𝒂𝒕
𝑱𝒂𝒃𝒂𝒕𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒉𝒂𝒌𝒊𝒎𝒂𝒏 𝑺𝒚𝒂𝒓𝒊𝒂𝒉 𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂

Last Updated on December 8, 2023

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024(2 events) April 2, 2024(1 event) April 3, 2024 April 4, 2024(1 event) April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024(1 event) April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024(2 events) April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024(2 events) April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024