PENDENGARAN PERTAMA KES RAYUAN SYARIAH DI KOMPLEKS MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SABAH

2 Disember 2021 | Pendengaran sidang rayuan di Negeri Sabah mencatat sejarahnya tersendiri hari ini apabila buat pertama kali sidang tersebut dijalankan di Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Sabah yang baharu.

Panel rayuan syariah tersebut telah dipengerusikan oleh YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM bersama dua hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang lain iaitu YA Dato’ Hj. Mohd Amran bin Mat Zain dan YA Datuk Jasri@Nasip bin Mat Jakir.

Sidang hari ini melibatkan pendengaran Kes Rayuan Hadhanah, Kes Pelanjutan Tempoh Semakan, Kes Semakan Perintah Penahanan Harta dan Kes Permohonan Tarik balik Semakan.

Untuk rekod, kompleks mahkamah tersebut telah diserahkan oleh pihak JKR kepada pihak kerajaan persekutuan pada 31 Oktober 2021 yang lalu.

Semoga segala kemudahan yang serba lengkap dan selesa ini digunakan secara optimun dalam menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan mahkamah.

Last Updated on February 12, 2022

Kalendar JKSM

Events in June 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
May 27, 2024 May 28, 2024 May 29, 2024 May 30, 2024 May 31, 2024 June 1, 2024 June 2, 2024
June 3, 2024 June 4, 2024 June 5, 2024 June 6, 2024 June 7, 2024 June 8, 2024 June 9, 2024
June 10, 2024 June 11, 2024 June 12, 2024 June 13, 2024 June 14, 2024 June 15, 2024 June 16, 2024
June 17, 2024 June 18, 2024 June 19, 2024 June 20, 2024 June 21, 2024 June 22, 2024 June 23, 2024
June 24, 2024 June 25, 2024 June 26, 2024 June 27, 2024 June 28, 2024 June 29, 2024 June 30, 2024