PENYAMPAIAN HADIAH PEMENANG PERTANDINGAN BOWLING SEMPENA KEJOHANAN SUKAN IJPAM 2022

3 NOVEMBER 2022, AMPANG SUPERBOWL BANGI GATEWAY | YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im Bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah dijemput bersama-sama dalam majlis penyampaian pingat kepada pemenang pingat emas pertandingan bowling sempena Kejohanan Sukan IJPAM 2022.

Dalam pertandingan tersebut, pasukan The Justice yang dianggotai oleh En Ahmad bin Lakibul, En Mohd Rizal Bin Moatar, Puan Saliza Bin Mohamad Nafiah, En Mohd Hafiz Bin Mohd Esa dan Puan Syatira Binti Zainol Abidin telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan kategori berpasukan dengan jatuhan pin sebanyak 1479.

Ia juga merupakan pingat emas pertama The Justice dalam Kejohanan yang turut disertai oleh agensi Agama seluruh Malaysia sebanyak 21 pasukan.

Untuk rekod, pada kejohanan Kali ini, JKSM telah bergabung bersama Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP) dan Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (JAPENS) dengan nama The Justice bagi mengharungi 4 hari kejohanan di UNITEN.

Tahniah JKSM!!

Last Updated on November 3, 2022

Kalendar JKSM

May 30, 2024