PERBINCANGAN YB MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI BERSAMA PANEL RAYUAN SYARIAH JKSM

09 Julai 2021 | YB Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pagi ini telah berkesempatan hadir ke sesi perbincangan bersama YAA Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM serta YA Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM secara dalam talian melalui aplikasi cisco webex.

Perbincangan yang bermula jam 9.30 pagi ini bertujuan membincangkan tentang perkembangan terkini pengendalian kes-kes rayuan di Mahkamah Rayuan Negeri-negeri oleh Hakim-hakim Rayuan Syariah JKSM.

Dalam pertemuan tersebut, YB Menteri telah menzahirkan rasa gembira dengan pertemuan ini kerana beliau dapat mendengar sendiri laporan pengendalian kes-kes rayuan syariah di mana kesemua KPI yang disasarkan telah tercapai.

Antara penetapan Key Performance Indikator (KPI) bagi pengendalian kes-kes rayuan syariah adalah penyelesaian kes sebanyak 90% di dalam tempoh 6 bulan selepas ianya didaftarkan di Seksyen Rayuan JKSM.

Alhamdulillah, walaupun berhadapan PKP/PKPB untuk tahun ini, sehingga sukuan tahun ke-2 (sehingga 31 Jun 2021), peratusan penyelesaian kes di dalam tempoh yang ditetapkan telah di capai iaitu sebanyak 142% iaitu melebihi 42% daripada yang disasarkan.

Selain itu prestasi tahunan 3 tahun kebelakangan (2018, 2019, 2020), kesemua KPI tersebut telah mencapai 100% sebagaimana disasarkan dan ini membuktikan bahawa JKSM telah menunjukkan prestasi yang signifikan dengan tujuan kewujudannya.

Untuk rekod, lapan buah negeri telah melantik dan mentauliahkan Hakim-Hakim Rayuan JKSM di Mahkamah Rayuan Syariah Negeri-Negeri iaitu Negeri Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Sabah.

Last Updated on December 22, 2021

Kalendar JKSM

November 5, 2023