PERJUMPAAN YAB PERDANA MENTERI BERSAMA WARGA JABATAN PERDANA MENTERI (JPM) BAGI BULAN NOVEMBER 2022

29 November 2022| YAB Datuk Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, buat julung-julung kalinya mengadakan pertemuan bersama pegawai dan kakitangan Kerajaan sempena Perjumpaan YAB Perdana Menteri bersama Warga JPM bagi bulan November 2022 bertempat di Dataran Perdana Putra, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya.

Majlis bermula dengan ketibaan YAB Datuk Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia diiringi Ketua Setiausaha Negara, Peguam Negara, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK) JPM, dan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) pada jam 8.15 pagi. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan bacaan doa.

YAB Perdana Menteri seterusnya memberikan ucapan di hadapan para hadirin dengan menyatakan bahawa kerajaan dan pemimpin sesebuah negara akan silih berganti, datang dan pergi, tetapi penjawat awam adalah tonggak mentadbir dan mengurus yang mengangkat sistem dan peraturan negara untuk ditegakkan dengan hukum. Negara memerlukan satu sistem perkhidmatan awam yang cekap dan cekal.

YAB Perdana Menteri turut menyatakan pengalaman beliau semasa menjawat jawatan Menteri satu Ketika dahulu di mana kecemerlangan yang dicapai oleh seseorang Menteri itu tidak mungkin tanpa tonggak perkhidmatan awam yang membantu. Oleh yang demikian, beliau berharap agar barisan Menteri Kabinet yang akan dilantik nanti akan dapat memanfaatkan pengalaman dan pengkhususan yang dimiliki oleh para penjawat awam dalam mentadbir dan menguruskan tugas masing-masing.

YAB Perdana Menteri memberi jaminan bahawa tonggak perkhidmatan awam itu kekal dan beliau berharap agar para penjawat awam sentiasa meningkatkan martabat perkhidmatan awam dengan nilai-nilai murni dan penuh etika.

Seramai 25 orang pegawai kanan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah menghadiri program ini yang diketuai oleh YAA Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie JKSM.

Untuk makluman, program ini dianjurkan oleh Bahagian Istiadat dan Urus setia Persidangan Antarabangsa (BIUPA), JPM. Program ini turut dihadiri oleh Ketua-ketua Jabatan dan para pegawai kanan dari jabatan/agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Last Updated on Disember 2, 2022

Kalendar JKSM

Events in Februari 2023

Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
Januari 30, 2023(1 event) Januari 31, 2023(1 event) Februari 1, 2023 Februari 2, 2023(2 events) Februari 3, 2023 Februari 4, 2023 Februari 5, 2023
Februari 6, 2023 Februari 7, 2023(1 event) Februari 8, 2023 Februari 9, 2023(1 event) Februari 10, 2023(1 event) Februari 11, 2023 Februari 12, 2023
Februari 13, 2023(1 event) Februari 14, 2023(1 event) Februari 15, 2023 Februari 16, 2023 Februari 17, 2023 Februari 18, 2023 Februari 19, 2023
Februari 20, 2023(1 event) Februari 21, 2023(1 event) Februari 22, 2023(1 event) Februari 23, 2023 Februari 24, 2023 Februari 25, 2023 Februari 26, 2023
Februari 27, 2023(1 event) Februari 28, 2023 Mac 1, 2023 Mac 2, 2023 Mac 3, 2023 Mac 4, 2023 Mac 5, 2023