Perkasa BSK jaga kebajikan anak, ibu

MAHKAMAH Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta. – Foto Aziah Azmee

KUALA LUMPUR: Cadangan memperkasa Bahagian Sokongan Keluarga (BSK), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) wajar dilakukan bagi memastikan kebajikan anak dan ibunya terus terpelihara.

Profesor Undang-undang Keluarga, Wanita dan Kanak-kanak, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Prof Noor Aziah Mohd Awal, berkata ketika ini, kerajaan memberi dana khas membantu pembayaran nafkah ibu dan anak berkenaan tetapi duit itu perlu diganti.

Beliau berkata, ia boleh menimbulkan masalah kerana jika tiada waris boleh diperintahkan membayar, BSK tidak akan membuat bayaran dan keadaan itu menyebabkan kemudaratan kepada anak dan wanita terbabit.

“BSK sepatutnya dihubungkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pusat Zakat dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), bagi membolehkan anak mendapat nafkah teratur dan cepat.

“Sebagai contoh, jika seorang lelaki mempunyai tiga anak dengan pendapatan RM3,500 sebulan, mahkamah boleh memerintahkan beliau membayar RM250 setiap anak sebulan dan potongan berkenaan boleh dilakukan secara automatik daripada LHDN,” katanya.

BANGI 27 SEPTEMBER 2017. Timbalan Naib Cancelor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UKM, Prof Datuk Noor Aziah Mohd Awal. NSTP/ROSELA ISMAIL

Perlu perintah mahkamah

Beliau berkata demikian mengulas cadangan Puteri UMNO supaya BSK diperkasa bagi memastikan isu nafkah dapat diselesaikan tanpa memerlukan perintah pelaksanaan mahkamah.

Ketuanya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ini berikutan statistik menunjukkan 171,252 perceraian dalam kalangan pasangan Islam dari 2014 hingga 2016.

Di Terengganu sahaja, sebanyak 1,371 kes ingkar perintah nafkah diadukan sejak 2010 hingga 2016, selain 588 kes difailkan ke Mahkamah Syariah Terengganu bagi tujuan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah.

JKSM ditubuhkan pada 2010 bertujuan membantu orang Islam iaitu isteri dan anak, yang sudah mendapat perintah nafkah.

Katanya, sebelum wujud BSK, banyak perintah nafkah hanya tinggal atas kertas, berikutan kesukaran membuat tuntutan nafkah.

“Ada suami diperintahkan membayar nafkah menghilang diri, tidak dapat dikesan dan tidak mampu membayar.

“Sekiranya bapa atau suami yang diperintahkan membayar nafkah itu hilang upaya, wanita perlu menunggu saudara lelaki lain, sementara mendapatkan nafkah berkenaan.

“Ini kerana orang lain yang boleh diperintahkan membayar nafkah berkenaan, adalah datuk (bapa kepada bapa) atau bapa saudara (adik atau abang kepada bapa),” katanya.

Sumber: Berita Harian

Last Updated on December 11, 2021

Kalendar JKSM

Events in May 2022

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 25, 2022 April 26, 2022 April 27, 2022 April 28, 2022 April 29, 2022 April 30, 2022 May 1, 2022
May 2, 2022 May 3, 2022 May 4, 2022 May 5, 2022 May 6, 2022 May 7, 2022 May 8, 2022
May 9, 2022 May 10, 2022 May 11, 2022 May 12, 2022 May 13, 2022 May 14, 2022 May 15, 2022
May 16, 2022 May 17, 2022 May 18, 2022 May 19, 2022 May 20, 2022 May 21, 2022 May 22, 2022
May 23, 2022 May 24, 2022 May 25, 2022 May 26, 2022 May 27, 2022 May 28, 2022 May 29, 2022
May 30, 2022 May 31, 2022 June 1, 2022 June 2, 2022 June 3, 2022 June 4, 2022 June 5, 2022