PERSIDANGAN KETUA HAKIM SYARIE SELURUH MALAYSIA KALI KE-78 BIL.2 TAHUN 2023

16 đť‘´ei 2023 (Selasa)- Bahagian Pendaftaran, Keurussetian & Rekod (BPKR), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah menganjurkan Persidangan Ketua Hakim Syarie Seluruh Malaysia Kali Ke-78 Bil.2 Tahun 2023 pada 15 dan 16 Mei 2023 di Ideas Hotel, Kuala Lumpur.

Persidangan ini telah dihadiri oleh YAA Ketua Hakim Syarie, Dato’ Haji Mohd Amran bin Mohd Zain, YA Hakim-hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM, YAA Ketua-ketua Hakim Syarie JKSN/MSN, YBrs. Tuan Ketua Pendaftar JKSM, Pengarah Kanan Kehakiman serta Pengarah-pengarah Bahagian JKSM.

Persidangan selama 2 hari ini telah dimulai dengan Persidangan Ketua Hakim Syarie Seluruh Malaysia yang dipengerusikan oleh YAA Ketua Hakim Syarie/ Ketua Pengarah JKSM sendiri dan diikuti dengan beberapa pembentangan kertas makluman/ cadangan. Antaranya pembentangan Had Bidangkuasa Jenayah Mahkamah Rendah Syariah Bersesuaian dengan RUU 355, Kod Etika dan Tatakelakuan Pegawai JKSM/JKSN dan MSN

Last Updated on May 16, 2023

Kalendar JKSM

April 1, 2024

Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Melaka
Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor