PERSIDANGAN KETUA-KETUA HAKIM SYARIE SELURUH MALAYSIA (PKHSM) KALI KE-76 BILANGAN 4 TAHUN 2021

Putrajaya 20 Disember 2021: Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah mengadakan Persidangan Ketua-Ketua Hakim Syarie Seluruh Malaysia (PKHSM) Kali Ke-76 Bilangan 4 Tahun 2021 secara dalam talian menggunakan Aplikasi Cisco Webex.

Persidangan kali ini telah dipengerusikan oleh Ya Dato’ Hj. Mohd Amran Bin Mat Zin, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM dan tahun ini merupakan tahun pertama PKHSM bersidang selama empat kali dalam setahun dan persidangan pada kali ini merupakan yang terakhir diadakan pada tahun ini.

Dalam ucapan pengerusi, beliau telah memaklumkan beberapa program utama hasil kerjasama semua pihak di JKSN/MSN yang telah berjaya dilaksanakan sepanjang tahun ini.

Antara program-program tersebut adalah:

i. Pembinaan Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelaksanaan Hukuman Sebatan Di Luar Penjara;

ii. Perintah Kehadiran Wajib (PKW) Bagi Pesalah Syariah;

iii. Arahan Amalan berkaitan Deposit Rayuan;iv. Arahan Amalan berkaitan Perintah Bersaling; dan

v. Think Tank Sulhvi. Program Muhakat Sulh (Simulasi Sulh)

vii. Persidangan Kehakiman Syariah Antarabangsa Tahun 2021 (PKA 2021)

viii. International Conference on Family Law (ICFL) 2021; dan

ix. Jadual Pelupusan Rekod termasuk pelupusan rekod digital JKSN dan MSN

Selain itu, pengerusi menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua Ketua Pendaftar JKSN dan MSN yang telah memberikan kerjasama sepanjang Audit Pemantauan Arahan Amalan berlangsung di negeri-negeri sama ada secara DIY mahupun secara fizikal.

Sebanyak 4 kertas cadangan/ Makluman/ Taklimat telah dibentangkan dalam persidangan ini, iaitu:

1) Pembentangan Kertas Cadangan Penyediaan Alasan Penghakiman Berdasarkan Arahan Amalan Bilangan 6 Tahun 2001, oleh Puan Salwani binti Khalid, Ketua Unit Integriti JKSM

2) Taklimat Persediaan Ke Arah Projek Transformasi E-Syariah Versi 3, Oleh Puan Aliza binti Abu, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi JKSM

3) Kertas Cadangan Konvensyen Penyelesaian Pertikaian Secara Alternatif Peringkat Antarabangsa, oleh Datin Siti Maszuriyati binti Aziz, Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Sulh, Bahagian Pendaftaran Keurusetiaan dan Rekod JKSM

4) Kertas Cadangan Sesi Taklimat SOP Sebatan Luar Penjara dan Garis Panduan Perintah Kehadiran Wajib Bagi Pesalah Syariah, oleh Tuan Muhamad Yusro bin Borhan Nordin, Ketua Penolong Pengarah Seksyen Rayuan BPKR JKSM

Last Updated on February 13, 2022

Kalendar JKSM

Events in June 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
May 27, 2024 May 28, 2024 May 29, 2024 May 30, 2024 May 31, 2024 June 1, 2024 June 2, 2024
June 3, 2024 June 4, 2024 June 5, 2024 June 6, 2024 June 7, 2024 June 8, 2024 June 9, 2024
June 10, 2024 June 11, 2024 June 12, 2024 June 13, 2024 June 14, 2024 June 15, 2024 June 16, 2024
June 17, 2024 June 18, 2024 June 19, 2024 June 20, 2024 June 21, 2024 June 22, 2024 June 23, 2024
June 24, 2024 June 25, 2024 June 26, 2024 June 27, 2024 June 28, 2024 June 29, 2024 June 30, 2024