PERSIDANGAN UNDANG-UNDANG TUANKU JA’AFAR 2021 (TJC 2021)

13 Disember 2021 | YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie pagi ini telah diberi penghormatan hadir sebagai tetamu kehormat di dalam Persidangan Undang-Undang Tuanku Jaafar (TJC 2021).

Persidangan anjuran Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini berlangsung selama dua hari bermula 13 hingga 14 Disember 2021 bertempat di Bangi Resort Hotel.

Terdahulu, persidangan dimulakan dengan ucapan aluan yang disampaikan oleh Naib Canselor UKM, Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman sebelum diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir yang juga merupakan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus.

Persidangan kemudian diteruskan dengan Keynote Speech oleh Ketua Hakim Negara, YAA Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat yang membicarakan tajuk “Access to Justice: Procedural & Substantive Issues”.

Persidangan kali ini dihadiri peserta yang terdiri dari pengamal undang-undang, pegawai kerajaan, ahli perniagaan, ahli akademik dan pelajar undang-undang dari dalam negara dan luar negara.

Last Updated on February 13, 2022

Kalendar JKSM

Events in March 2023

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
February 27, 2023(1 event) February 28, 2023 March 1, 2023 March 2, 2023 March 3, 2023 March 4, 2023 March 5, 2023
March 6, 2023(1 event) March 7, 2023 March 8, 2023 March 9, 2023 March 10, 2023 March 11, 2023 March 12, 2023
March 13, 2023 March 14, 2023 March 15, 2023 March 16, 2023(1 event) March 17, 2023 March 18, 2023 March 19, 2023
March 20, 2023 March 21, 2023 March 22, 2023(1 event) March 23, 2023 March 24, 2023 March 25, 2023 March 26, 2023
March 27, 2023(1 event) March 28, 2023 March 29, 2023 March 30, 2023(3 events) March 31, 2023(2 events) April 1, 2023 April 2, 2023