PROGRAM JOM BACA BERSAMA 10 MINIT, QURAN HOUR, PENYAMPAIAN HADIAH SECARA MAYA UNTUK PROGRAM READ & REVIEW

21.4.2022 – Khamis | Pusat Sumber Maklumat dan Penerbitan (BPSMP) JKSM telah mengadakan program Jom Baca 10 minit, Quran Hour dan Penyampaian Hadiah Read n Review.

Program Jom Baca 10 minit menjadi acara rutin setiap tahun sebagai simbolik sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia. Dalam masa yang sama program Quran Hour dan penyampaian hadiah bagi program Read n Review turut diadakan secara serentak.

Program yang dilaksanakan secara maya itu turut disertai oleh wakil-wakil dari JKSN dan MSN di seluruh Malaysia yang mana perasmian telah disempurnakan oleh YAA Dato’ Setia Mohd Na’im bin Haji Mokhtar (Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia).

Dalam ucapan perasmian tersebut YAA Dato’ Setia banyak menyentuh mengenai kepentingan membaca khususnya di kalangan warga JKSM / JKSN / MSN. Menurut YAA Dato Setia Dr. Mohd Naím Hj Mokhtar, budaya membaca wajar dijadikan sebagai satu gaya hidup dalam kalangan rakyat Malaysia.

Kemajuan negara dan ketamadunan bangsa dapat dikembangkan dan dipertingkatkan jika bangsa itu berfikiran tinggi yang lahir dari amalan membaca. Di akhir ucapan YAA Dato’ Setia Dr. mengucapkan tahniah dan syabas kepada BPSMP kerana mengambil langkah proaktif dalam membantu warga JKSM/JKSN/MSN untuk menjadi satu warga yang celik maklumat dengan melaksanakan program pembudayaan ilmu.

Dalam masa yang sama, Program tiga dalam satu ini juga turut diadakan Program Quran Hour. Dalam program kali ini Surah al Mulk dipilih untuk bacaan yang telah dipimpin oleh Tuan Muhammad Amir Firdaus (Penolong Pengarah BPSMP) manakala tadabbur surah Al-Mulk pula di sampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Najib bin Kassim (Ustaz Abu Hubayb) penceramah jemputan dari Negeri Melaka.

Di akhir program, diadakan pula acara pemakluman pemenang Program Read n Review secara maya. Dalam program tersebut Puan Maryam Jameela binti Ali Sabri dari Jabatan Kehakiman Syariah Selangor dinobatkan sebagai pemenang pertama.

Tempat kedua disandang oleh Encik Mohd Hafiz bin Othman dari Bahagian Latihan JKSM, manakala tempat ketiga disandang oleh Dr. Hanifah binti Haydar Ali Tajuddin, Bahagian Dasar & Penyelidikan JKSM manakala lima peserta yang lain sebagai penerima saguhati iaitu Encik Mohd Hafiz bin Mohd Esa dari Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia JKSM, Encik Muzzaffar Shah bin Soleh dari Bahagian Sokongan Keluarga JKSM, Dr. Wan Azimin bin Wan Adnan dari Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan, Puan Siti Zulaikha binti Bakhtiar dari Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan dan Tuan Mohd Yusri bin Muhamad Azmi dari Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Tahniah kepada semua pemenang dan semua peserta.

Last Updated on April 21, 2022

Kalendar JKSM

Events in Julai 2022

Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
Jun 27, 2022(2 events) Jun 28, 2022(1 event) Jun 29, 2022 Jun 30, 2022 Julai 1, 2022(2 events) Julai 2, 2022 Julai 3, 2022
Julai 4, 2022(1 event) Julai 5, 2022 Julai 6, 2022 Julai 7, 2022 Julai 8, 2022 Julai 9, 2022 Julai 10, 2022
Julai 11, 2022 Julai 12, 2022 Julai 13, 2022 Julai 14, 2022 Julai 15, 2022(1 event) Julai 16, 2022 Julai 17, 2022
Julai 18, 2022(1 event) Julai 19, 2022 Julai 20, 2022 Julai 21, 2022 Julai 22, 2022 Julai 23, 2022 Julai 24, 2022
Julai 25, 2022 Julai 26, 2022 Julai 27, 2022(1 event) Julai 28, 2022(1 event) Julai 29, 2022(2 events) Julai 30, 2022 Julai 31, 2022