PROGRAM WACANA KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JKSM TAHUN 2022

16 Februari 2022 | Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) hari ini telah telah menganjurkan program Wacana Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie bagi Tahun 2022 bertempat di Auditorium JAKIM, Putrajaya.

Program tersebut diadakan bagi membolehkan pegawai dan kakitangan di JKSM/JKSN/MSN seluruh Malaysia mendengar amanat yang disampaikan oleh YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM.

Memulakan bicara, YAA Dato’ Setia Dr. terlebih dahulu menzahirkan ucapan penghargaan kepada seluruh pegawai dan kakitangan atas kehadiran di program hari ini termasuklah yang mengikuti program ini secara dalam talian dari lokasi masing-masing.

Seterusnya YAA Dato’ Setia Dr. turut merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua pegawai syariah dan kakitangan JKSM, JKSN/MSN yang telah berhempas pulas memastikan segala rancangan yang dibuat pada tahun 2021 berjalan dengan lancar.

Bagi tahun 2022 ini, YAA Dato’ Setia Dr. telah memilih tema “Keluarga Syariah: Memperkukuh Institusi Perundangan dan Kehakiman Syariah” dimana tema ini adalah amat signifikan dalam situasi getir kita semua untuk memastikan institusi perundangan dan kehakiman Syariah ini kekal teguh dan mantap.

YAA Dato’ Setia Dr. turut mengajak seluruh warga keluarga syariah bagi menelusuri semula visi dan misi penubuhan JKSM agar menjadi panduan bagi memberi fokus utama dalam melaksanakan amanah selaku warga institusi perundangan dan kehakiman Syariah di Malaysia.

Visi JKSM untuk memartabatkan institusi kehakiman Syariah dalam sistem kehakiman dan perundangan negara dan Misi JKSM untuk meningkatkan kecekapan dan keseragaman dalam sistem pentadbiran kehakiman Syariah di seluruh Malaysia jelas memerlukan kerjasama yang tidak berbelah bahagi dan kesatuan semua warga.

Selain itu, tumpuan turut diberikan terhadap pembinaan modal insan yang cemerlang melalui program-program latihan bagi meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan keupayaan pegawai dan kakitangan untuk memenuhi keperluan pekerjaan semasa.

Pelbagai program berimpak tinggi telah dirancang antaranya penganjuran International Conference on Family Law, Family Justice (ICFL), penganjuran Kursus Pembinaan Munsyi Muda Bahasa kepada Pegawai-Pegawai Syariah, Konvensyen Antarabangsa bagi Penyelesaian Pertikaian Alternatif (ADR), Pendigitalan Alasan Penghakiman serta Penerbitan Buku Prinsip Undang-undang Dalam Penghakiman Mahkamah Atasan Syariah.

Untuk rekod, program wacana hari ini turut diserikan dengan penyampaian Anugerah Inovasi, Anugerah Pematuhan Arahan Amalan, Anugerah Pengguna e-Syariah dan Anugerah Tamat Pengajian.

Last Updated on Mac 2, 2022

Kalendar JKSM

Events in Julai 2022

Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
Jun 27, 2022(2 events) Jun 28, 2022(1 event) Jun 29, 2022 Jun 30, 2022 Julai 1, 2022(2 events) Julai 2, 2022 Julai 3, 2022
Julai 4, 2022(1 event) Julai 5, 2022 Julai 6, 2022 Julai 7, 2022 Julai 8, 2022 Julai 9, 2022 Julai 10, 2022
Julai 11, 2022 Julai 12, 2022 Julai 13, 2022 Julai 14, 2022 Julai 15, 2022(1 event) Julai 16, 2022 Julai 17, 2022
Julai 18, 2022(1 event) Julai 19, 2022 Julai 20, 2022 Julai 21, 2022 Julai 22, 2022 Julai 23, 2022 Julai 24, 2022
Julai 25, 2022 Julai 26, 2022 Julai 27, 2022(1 event) Julai 28, 2022(1 event) Julai 29, 2022(2 events) Julai 30, 2022 Julai 31, 2022