SEMINAR PENULISAN ALASAN PENGHAKIMAN HAKIM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH KUMPULAN 2, 3 & 4

18 Julai 2022: Bahagian Latihan (BL), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah menganjurkan Seminar Penulisan Alasan Penghakiman Hakim Mahkamah Rendah Syariah Kumpulan 2, 3 & 4 (Secara Hybrid) bermula 18 Julai 2022 hingga 20 Julai 2022, bertempat di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan Dan Teknologi, Jabatan Kerja Raya Malaysia, Melaka (CREATE) secara fizikal dan secara dalam talian melalui aplikasi Cisco Webex.

Kursus ini dikendalikan oleh penceramah jemputan iaitu, YA Tuan Kamal Bashah bin Dato’ Haji Ahmad Tajuddin, Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan dan Prof. Madya Dr. Ramalinggam Rajamanickam, Pensyarah Kanan, Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia. Jumlah sasaran peserta bagi kursus ini ialah seramai 130 orang Hakim Mahkamah Rendah Syariah seluruh Malaysia.

Pada malam ini, YAA Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im Bin Hj. Mokhtar telah menyampaikan amanat kepada semua peserta dan seterusnya merasmikan Seminar pada kali ini. YAA Dato’ Setia Dr telah merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian para penceramah untuk berkongsi ilmu bersama para peserta dan mengucapkan tahniah atas usaha para penceramah membangunkan modul khusus bagi seminar kali ini.

YAA Dato’ Setia Dr. menegaskan agar semua para peserta yang terdiri daripada Hakim Syarie mempersiapkan diri dengan ilmu yang tinggi dan mantap bagi memastikan amanah kehakiman dilaksanakan dengan bertanggungjawab dan penuh keadilan. Selain itu, YAA Dato’ Setia Dr. turut menekankan agar Hakim Syarie menjaga akhlak terpuji serta mengamalkan sikap empati dalam pengendalian kes di Mahkamah Syariah.

JKSM sentiasa komited dalam memartabatkan sistem perundangan dan Kehakiman Syariah di Malaysia. Justeru itu, JKSM telah mengeluarkan beberapa Arahan Amalan berkaitan dengan penulisan Alasan Penghakiman sebagai panduan kepada semua Hakim Syarie bagi menghasilkan Alasan Penghakiman yang berkualiti dan sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Selanjutnya YAA Dato’ Setia Dr. menyeru para Hakim Syarie menghayati prinsip duluan mengikat serta memahami fungsi kewujudan hierarki mahkamah Syariah untuk diaplikasikan dalam sistem kehakiman Syariah di Malaysia.

Akhirnya, YAA Dato’ Setia Dr. berharap agar seminar ini berjaya mencapai matlamatnya dan mendoakan semua Hakim Syarie lelaki dan wanita dapat mengaplikasikan ilmu yang diperolehi sepanjang seminar ini berlangsung dan diberi kekuatan untuk melaksanakan amanah kehakiman dengan cemerlang.

Last Updated on July 19, 2022

Kalendar JKSM

Events in March 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
February 26, 2024(2 events) February 27, 2024(1 event) February 28, 2024 February 29, 2024 March 1, 2024 March 2, 2024 March 3, 2024
March 4, 2024 March 5, 2024 March 6, 2024 March 7, 2024 March 8, 2024 March 9, 2024 March 10, 2024
March 11, 2024 March 12, 2024 March 13, 2024 March 14, 2024(1 event) March 15, 2024(1 event) March 16, 2024 March 17, 2024
March 18, 2024(1 event) March 19, 2024 March 20, 2024(1 event) March 21, 2024 March 22, 2024(1 event) March 23, 2024 March 24, 2024
March 25, 2024(2 events) March 26, 2024(1 event) March 27, 2024(1 event) March 28, 2024 March 29, 2024 March 30, 2024 March 31, 2024