SIRI KEDUA WEBINAR LITERASI UNDANG-UNDANG TAHUN 2022

26 JANUARI 2022 (RABU) – Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) pada hari ini telah berjaya menganjurkan Siri Kedua Webinar Literasi Undang-Undang bagi tahun 2022 yang bertajuk “Perbezaan nafkah isteri dan anak : Apakah penilaian dalam menentukan kadar nafkah kedua-dua” secara live di Laman FB BSK JKSM.

Webinar tersebut telah disampaikan oleh Tuan Mohd Yusoff bin Mohamed, Penolong Pengarah BSK Seksyen Negeri Kelantan. Para penonton telah dijelaskan berkaitan dengan definisi nafkah isteri dan nafkah anak. Selain itu, penceramah juga turut menyentuh isu berkaitan dengan bagaimana penentuan kadar nafkah isteri dan anak dibuat.

Program Literasi Undang-Undang BSK JKSM pada hari ini merupakan siri kedua yang telah diadakan oleh BSK JKSM di FB Live BSK JKSM.

Semoga siri-siri webinar ini akan terus mendapat sambutan yang menggalakkan dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Last Updated on February 12, 2022

Kalendar JKSM

Week of Sep 12th

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
September 12, 2022 September 13, 2022 September 14, 2022 September 15, 2022 September 16, 2022 September 17, 2022 September 18, 2022