Sudah kahwin lagi banyak kena sabar

PASANGAN perlu bijak mengatasi sesuatu masalah dalam memastikan perkahwinan terus kekal bahagia.-GAMBAR HIASAN

SAUDARA PENGARANG, 

BARU-BARU ini dilaporkan 212,080 pasangan bercerai sejak 2018 hingga 2021 seperti direkodkan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Difahamkan antara punca penceraian adalah perkara kecil atau remeh- temeh.

Nampaknya isu remeh dalam rumah tangga tidak boleh dipandang ringan oleh pasangan, apatah lagi isu besar seperti kewangan dan sebagainya. Isu remeh-temeh atau kecil ini boleh menjadi besar kalau ia berulang dan akhirnya boleh menggugat keharmonian dalam rumah tangga. 

Oleh itu, persefahaman antara suami isteri diperlukan jika berhadapan dengan isu remeh-temeh dalam rumah tangga. Antaranya, jangan cuba menimbulkan sesuatu isu yang tidak disukai oleh pasangan walaupun kecil seperti  leka bermain permainan video, rumah bersepah, terlalu meminati pelakon dan banyak lagi.

Kadangkala isu besar tidak menggugat keharmonian suami isteri tetapi isu kecil boleh mengheret pasangan kepada rasa tidak puas hati dan cemburu. Lama- kelamaan  rumah tangga yang dibina itu hanya menunggu retak menanti belah. 

Apabila sudah bergelar suami isteri dan mempunyai anak, had kesabaran perlu ditingkatkan berbanding sebelum berkahwin. Ini kerana kehidupan berpasangan dan tinggal sebumbung sudah tentu berkongsi dan merasai segala masalah secara bersama walaupun kecil. Kedua-dua pasangan  cubalah menasihati dan memberi cadangan jika timbul sebarang masalah walaupun kecil.

Di sinilah pasangan boleh berkongsi pendapat, memberikan pandangan dan cuba menyelesaikan masalah bersama. Selain itu, pasangan suami isteri perlulah menyedari hidup ini bukanlah senang sentiasa, sebaliknya  umpama roda. Ada ketika senang, ada ketika susah seperti dalam situasi pandemik Covid-19 ini.

Di sinilah pengorbanan pasangan diperlukan untuk memelihara kelangsungan hidup dan mengekalkan keharmonian rumah tangga. Mereka perlu bersabar dalam apa jua keadaan dan elakkan mencipta dan  memperbesarkan perkara remeh terutama dalam situasi yang mencengkam seperti sekarang. 

Pasangan juga perlu reda dan banyak berdoa kepada Allah SWT agar hidup diberkati dan diringankan daripada sebarang kesusahan. Anggaplah kesukaran dalam kehidupan berumahtangga sebagai ujian yang perlu ditempuh agar dilimpahi pahala yang banyak untuk dibawa ke akhirat kelak.

ABDUL HAMID, Temerloh, Pahang

Sumber: Utusan

Last Updated on Disember 10, 2021

Kalendar JKSM

Events in Julai 2022

Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
Jun 27, 2022(2 events) Jun 28, 2022(1 event) Jun 29, 2022 Jun 30, 2022 Julai 1, 2022(2 events) Julai 2, 2022 Julai 3, 2022
Julai 4, 2022(1 event) Julai 5, 2022 Julai 6, 2022 Julai 7, 2022 Julai 8, 2022 Julai 9, 2022 Julai 10, 2022
Julai 11, 2022 Julai 12, 2022 Julai 13, 2022 Julai 14, 2022 Julai 15, 2022(1 event) Julai 16, 2022 Julai 17, 2022
Julai 18, 2022(1 event) Julai 19, 2022 Julai 20, 2022 Julai 21, 2022 Julai 22, 2022 Julai 23, 2022 Julai 24, 2022
Julai 25, 2022 Julai 26, 2022 Julai 27, 2022(1 event) Julai 28, 2022(1 event) Julai 29, 2022(2 events) Julai 30, 2022 Julai 31, 2022