TAKLIMAT KESEDARAN KESELAMATAN ICT JKSM SIRI 1/2021

13 Julai 2021: Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) hari ini telah menganjurkan Taklimat Kesedaran Keselamatan ICT JKSM Siri 1/2021 melalui aplikasi Cisco Webex yang di sampaikan oleh Encik Mohamad Noor Syawal Khir bin Adzmi, Pegawai Operasi Kanan CMCF.

Objektif program adalah memberi pendedahan dan kesedaran kepada warga JKSM khususnya mengenai keselamatan ICT dengan tajuk “Kawalan Kendiri dan Cara Kekal Selamat di Internet”

Terlebih dahulu, program dimulakan dengan ucapan aluan oleh YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Hakim Syarie/Ketua Pengarah JKSM di mana beliau mengalu-alukan kehadiran penceramah yang dijemput khas dari “Communication dan Multimedia Content Forum (CMCF)”.

Di dalam ucapan aluan beliau, YAA Dato’ Setia Dr. menekankan bahawa program taklimat seumpama ini adalah sangat penting dalam memberi kesedaran dan perkongsian ilmu baharu serta tips mengenai keselamatan ICT.

Beliau turut mengingatkan bahawa tanggungjawab menjaga keselamatan ICT bukan sahaja digalas oleh Pegawai ICT di sesebuah jabatan semata-mata malah ianya adalah tanggungjawab seluruh warga kerja jabatan.

YAA Dato’ Setia Dr. turut menyelitkan nasihat kepada para peserta untuk sentiasa menjaga akal, harta dan amanah serta menitikberatkan kepentingan menimba ilmu pengetahuan selari dengan pelaksanaan Maqasid Syariah dalam urusan kerja dan kehidupan seharian agar tidak mudah terpedaya dan terjerumus dalam kes penipuan atau jenayah siber.

Sebelum mengakhiri program, ucapan penutup telah disampaikan oleh Tuan Hj Nassir bin Abdul Aziz, Ketua Pendaftar JKSM yang juga merupakan Ketua Pegawai Maklumat (CIO) JKSM di mana beliau turut mengharapkan agar program seumpama ini dapat diteruskan dengan pemilihan topik yang lebih menarik.

Program yang berlangsung selama 3 jam ini telah dihadiri seramai 256 pegawai dan kakitangan dari JKSM/JKSN/MSN seluruh Malaysia.

Last Updated on December 22, 2021

Kalendar JKSM

Events in January 2023

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
December 26, 2022 December 27, 2022 December 28, 2022 December 29, 2022 December 30, 2022 December 31, 2022 January 1, 2023
January 2, 2023 January 3, 2023 January 4, 2023(1 event) January 5, 2023 January 6, 2023 January 7, 2023 January 8, 2023
January 9, 2023 January 10, 2023(1 event) January 11, 2023 January 12, 2023 January 13, 2023 January 14, 2023 January 15, 2023
January 16, 2023 January 17, 2023(1 event) January 18, 2023(3 events) January 19, 2023(3 events) January 20, 2023 January 21, 2023 January 22, 2023
January 23, 2023 January 24, 2023 January 25, 2023 January 26, 2023 January 27, 2023 January 28, 2023 January 29, 2023
January 30, 2023(1 event) January 31, 2023(1 event) February 1, 2023 February 2, 2023(2 events) February 3, 2023 February 4, 2023 February 5, 2023