WEBINAR BASOIR HUKKAM SIRI 1 & 2/ 2021

28 Julai 2021: Bahagian Latihan JKSM dengan kerjasama Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan dan Bahagian Teknologi Maklumat Komunikasi telah menganjurkan Webinar Basoir Hukkam (al-Qowaid wal Dhowabit al-Fiqhiyyah al-Qadhoiyyah) al-Alamah Syeikh Dr. Muhammad Az-Zuhaili Siri 1/2021 dan Siri 2/2021 khas bersama YA Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Seluruh Malaysia yang dikendalikan oleh Al-Fadhil Tuan Haji Yusoff bin Mohamed yang merupakan Pakar Turath JKSM merangkap Penolong Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan.

Program ini telah diadakan bermula pada 27 dan 28 Julai 2021 dan dihadiri oleh 40 orang peserta melalui aplikasi atas talian Cisco Webex JKSM. Objektif penganjuran program Basoir Hukkam secara bersiri ini diadakan adalah bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran para peserta berkaitan nas-nas, kaedah, perbahasan dan prinsip ilmu fekah mazhab Imam al-Syafie dan para fuqaha mazhab dalam menentukan sesuatu hukum berdasarkan isu lampau dan isu-isu semasa perundangan dan kehakiman.

YAA Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Ketua Pengarah merangkap Ketua Hakim Syarie JKSM dalam ucapan aluannya merakamkan penghargaan kepada pihak Penganjur, Urusetia dan Peserta Program serta setinggi-tinggi penghargaan kepada Al-Fadhil Tuan Haji Yusoff bin Mohamed yang akan terus berkongsi ilmu berkaitan kaedah, prinsip dan perbahasan Fiqh Kehakiman Islam yang dicernakan daripada pelbagai kitab fiqh dan pandangan Tokoh Ulama Muktabar.

YAA Dato’ Setia Dr. juga menyatakan pelaksanaan program ini adalah sangat penting dan bertepatan dengan situasi pandemik Covid-19 kerana JKSM sebagai agensi penyelaras perundangan dan kehakiman lslam di Malaysia melalui YA Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah seluruh Malaysia bertanggungjawab untuk menguruskan pelbagai permasalahan ummah melibatkan hukum hakam dan perundangan yang memerlukan kebijaksanaan, pengetahuan, pertimbangan dan kemahiran dalam menyelesaikan sebarang permasalahan semasa umat Islam di mahkamah syariah.

Warga institusi kehakiman dan perundangan syariah perlu sentiasa mengamalkan keadilan dan matlamat untuk mencapai keredhaan Allah dalam setiap perbuatan dan pekerjaan. Peluang dan ruang program ini perlu dimanfaatkan dan direalisasikan dengan komitmen dan interaksi positif sepanjang perjalanan program ini dan siri- siri yang akan datang.

Last Updated on Disember 22, 2021

Kalendar JKSM

Events in Februari 2023

Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
Januari 30, 2023 Januari 31, 2023 Februari 1, 2023 Februari 2, 2023 Februari 3, 2023 Februari 4, 2023 Februari 5, 2023
Februari 6, 2023 Februari 7, 2023 Februari 8, 2023 Februari 9, 2023 Februari 10, 2023 Februari 11, 2023 Februari 12, 2023
Februari 13, 2023 Februari 14, 2023 Februari 15, 2023 Februari 16, 2023 Februari 17, 2023 Februari 18, 2023 Februari 19, 2023
Februari 20, 2023 Februari 21, 2023 Februari 22, 2023 Februari 23, 2023 Februari 24, 2023 Februari 25, 2023 Februari 26, 2023
Februari 27, 2023 Februari 28, 2023 Mac 1, 2023 Mac 2, 2023 Mac 3, 2023 Mac 4, 2023 Mac 5, 2023