WEBINAR UNDANG-UNDANG KONTEMPORARI (UNDANG-UNDANG TANAH) SIRI 1/2021

1 Mac 2021 : Bahagian Latihan JKSM telah menganjurkan Webinar Undang-Undang Kontemporari ( Undang-Undang Tanah ) Siri Pertama 2021 melibatkan peserta-peserta yang terdiri daripada Pegawai Syariah yang berkhidmat di Bahagian Sulh/ BSK/ Penyelidik MSN,JKSN/ AGC, JBG, BDP/ BSK JKSM bermula jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang menerusi aplikasi Cisco Webex secara atas talian. Webinar ini telah dikendalikan oleh Prof. Dato’ Salleh Buang yang merupakan Konsultan, Penulis dan Pakar Perundangan.

Webinar yang menghimpunkan seramai 156 orang peserta turut dihadiri oleh YAA Dato’ Ketua Hakim Syarie Melaka, YAA Dato’ Ketua Hakim Syarie Selangor, YAA Ketua Hakim Syarie Wilayah Persekutuan, Tuan Ketua Pendaftar JKSM, Pengarah Kanan Kehakiman JKSM, Timbalan Ketua Pengarah Seksyen Syariah JBG, Pengarah-Pengarah Bahagian JKSM, Ketua-Ketua Pendaftar JKSN/ MSN.

YAA Dato’ Setia Dr. dalam ucapan aluannya merakamkan ribuan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia Prof. Dato’ Salleh Buang yang merupakan mentor beliau dalam bidang perundangan kerana sudi berkongsi ilmu dan kepakaran dalam bidang perundangan tanah.

YAA Dato’ Setia Dr. juga mengingatkan dan mengharapkan para Pegawai Syariah yang melaksana amanah ummah di lapangan agar dapat memanfaatkan perkongsian ilmu bersama Prof. Dato’Salleh yang dijalankan ini.

Seterusnya YAA Dato’ Setia Dr. menekankan kepada para peserta untuk terus berusaha menambahkan ilmu pengetahuan, kepakaran dalam bidang perundangan tanah ini dan memanfaatkannya bagi membawa penyelesaian yang terbaik untuk keadilan dan kesejahteran ummah di lapangan.

Last Updated on December 23, 2021

Kalendar JKSM

Events in May 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 29, 2024 April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024
May 6, 2024 May 7, 2024 May 8, 2024 May 9, 2024 May 10, 2024 May 11, 2024 May 12, 2024
May 13, 2024 May 14, 2024 May 15, 2024 May 16, 2024 May 17, 2024 May 18, 2024 May 19, 2024
May 20, 2024 May 21, 2024 May 22, 2024 May 23, 2024 May 24, 2024 May 25, 2024 May 26, 2024
May 27, 2024 May 28, 2024 May 29, 2024 May 30, 2024 May 31, 2024 June 1, 2024 June 2, 2024