BENGKEL PENGURUSAN GALERI KEHAKIMAN JKSM TAHUN 2022

21 Julai 2022 : Seksyen Rekod, Bahagian Pendaftaran, Keurusetiaan dan Rekod (BPKR) JKSM telah mengadakan Bengkel Pengurusan Galeri Kehakiman JKSM Tahun 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama (BMU), Aras 5, JKSM. Program ini diadakan secara hybrid iaitu melibatkan peserta JKSM secara fizikal dan pegawai rekod jabatan (PRJ) dan pembantu tadbir rekod jabatan (PTRJ) secara atas talian.

Pengarah BPKR Tuan Abu Suffian bin Abu Yaziz turut hadir bersama Ketua-ketua Penolong Pengarah BPKR. Tuan pengarah dalam ucapan aluannya menyatakan JKSM akan mengadakan sambutan jubli perak sempena 25 tahun penubuhannya pada tahun hadapan.

Galeri Kehakiman Syariah JKSM ini akan turut serta dirasmikan semasa program tersebut. Justeru bengkel ini diadakan adalah bertujuan untuk mendapatkan input, penambahbaikan serta cadangan daripada pihak Arkib Negara Malaysia dalam menguruskan sesuatu galeri dan susun atur persembahan yang terbaik kepada orang awam.

Penceramah jemputan adalah Puan Mazura Binti Rohani, Ketua Seksyen Pengurusan Arkib Negarawan, Arkib Negara Malaysia. Sesi dimulakan dengan ceramah pengurusan galeri selama dua jam. Penceramah menyentuh perbezaan muzium, galeri dan pameran, keselamatan penyimpanan koleksi, faktor pengawalan simpanan serta peralatan yang sesuai digunakan dalam pameran dan penyimpanan. Sesi kedua adalah sesi pemerhatian (observation) di Galeri Kehakiman JKSM bagi penambahbaikan.

Sesi penyampaian cenderamata kepada penceramah dan pegawai dari Arkib Negara Malaysia telah disampaikan oleh Tuan Haji Nassir bin Hj Abdul Aziz Ketua Pendaftar JKSM yang turut dihadiri oleh Tuan Mohammad Zakian bin Dio Pengarah Kanan Kehakiman JKSM. Semoga bengkel yang telah diadakan ini dapat menjalin hubungan kerjasama yang rapat antara JKSM dengan Arkib Negara Malaysia dalam pengurusan galeri.

Last Updated on July 21, 2022

Kalendar JKSM

Events in June 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
May 27, 2024 May 28, 2024 May 29, 2024 May 30, 2024 May 31, 2024 June 1, 2024 June 2, 2024
June 3, 2024 June 4, 2024 June 5, 2024(2 events) June 6, 2024(1 event) June 7, 2024 June 8, 2024 June 9, 2024
June 10, 2024 June 11, 2024(2 events) June 12, 2024 June 13, 2024(1 event) June 14, 2024(1 event) June 15, 2024 June 16, 2024
June 17, 2024 June 18, 2024 June 19, 2024 June 20, 2024 June 21, 2024(1 event) June 22, 2024 June 23, 2024
June 24, 2024 June 25, 2024 June 26, 2024 June 27, 2024 June 28, 2024 June 29, 2024 June 30, 2024