CHILD RIGHTS COMMITTEE (CRC) WEBINAR SERIES ON PROTECTING CHILDREN

29 November 2021 | YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie petang ini telah dijemput sebagai pembicara di dalam Child Rights Committee (CRC) Webinar Series on Protecting Children anjuran Bar Council Malaysia.

Webinar yang dijalankan secara dalam talian melalui platform zoom ini dihadiri oleh ahli-ahli Majlis peguam dan ahli-ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta dimoderatorkan oleh Puan Fahda Nur Ahmad Kamar (Peguambela & Peguamcara) bertujuan memberi pendedahan kepada kebajikan kanak-kanak selepas berlakunya sesebuah penceraian.

Di awal bicara, YAA Dato’ Setia Dr. terlebih dahulu berkongsi tentang peruntukkan undang-undang yang digunapakai di mahkamah syariah seluruh Malaysia termasuk bidangkuasa dan pemakaiannya yang termaktub di dalam perlembagaan persekutuan.

Selanjutnya YAA Dato’ Setia Dr. berkongsi berkaitan Enakmen/Akta Keluarga Islam yang secara khusus menyentuh kepada hak jagaan anak termasuk perkongsian berkaitan prinsip-prinsip yang digunapakai oleh hakim syarie dalam memastikan kebajikan anak terjamin.

Selain hak jagaan, tumpuan turut diberikan kepada peruntukkan undang-undang berkaitan nafkah anak yang merangkumi penyediaan tempat tinggal yang selamat, makanan, tempat tinggal dan pendidikan.

YAA Dato’ Setia Dr. juga menggunakan kesempatan ini bagi menerangkan usaha-usaha yang telah dijalankan oleh JKSM antaranya penubuhan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK), pembinaan Arahan Amalan Mahkamah Syariah dan pewujudan Mahkamah Khas bagi membicarakan kes nafkah dan hadhanah.

Diharapkan agar perkongsian oleh YAA Dato’ Setia Dr. hari ini dapat memberikan sedikit sebanyak manfaat kepada para peserta berkaitan sistem perundangan syariah di Malaysia khususnya berkaitan nafkah anak dan hadhanah.

Last Updated on February 12, 2022

Kalendar JKSM

Events in February 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
January 29, 2024(1 event) January 30, 2024 January 31, 2024 February 1, 2024 February 2, 2024 February 3, 2024 February 4, 2024
February 5, 2024(1 event) February 6, 2024 February 7, 2024 February 8, 2024 February 9, 2024 February 10, 2024 February 11, 2024
February 12, 2024 February 13, 2024(1 event) February 14, 2024 February 15, 2024(1 event) February 16, 2024(1 event) February 17, 2024 February 18, 2024
February 19, 2024(1 event) February 20, 2024 February 21, 2024 February 22, 2024 February 23, 2024(1 event) February 24, 2024 February 25, 2024
February 26, 2024(2 events) February 27, 2024(1 event) February 28, 2024 February 29, 2024 March 1, 2024 March 2, 2024 March 3, 2024