FORUM ISLAM DAN KEPIMPINAN WANITA 2021

29 November 2021 | YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah dijemput sebagai salah seorang panel di dalam Forum Islam & Kepimpinan Wanita 2021 bertempat di Berjaya Hotel, Kuala Lumpur.

Forum anjuran Majlis Pimpinan Politik Wanita Malaysia (COMWEL) bermula jam 9.00 pagi dan dilancarkan oleh YB Datuk Hajah Zuraidah binti Kamaruddin, Pengasas dan Presiden COMWEL merangkap Menteri Perusahaan Perladangan dan Komuniti.

Selain YAA Dato’ Setia Dr. dan YB Datuk Hajah Zuraidah binti Kamaruddin, ahli panel yang turut bersama di dalam forum ini adalah YB Datuk Siti Zailah binti Mohd Yusoff (Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat) dan YBhg. Prof. Madya Dr Nik Salida Suhaila binti Nik Saleh (Dekan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, USIM).

Last Updated on February 12, 2022

Kalendar JKSM

Events in May 2024

  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Pahang
    Sidang Mahkamah Rayuan Syariah WP Kuala Lumpur
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Pahang
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Sembilan
    Sidang Mahkamah Rayuan Syariah WP Putrajaya
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Perak