JKSM DI MAJLIS ILMU SERI PERDANA BERSAMA YAB PERDANA MENTERI

Satu majlis ilmu telah berlangsung di Kediaman Rasmi YAB Perdana Menteri hari ini 16 Disember 2022 mulai jam 6 petang hingga 9 malam sebentar tadi. Majlis ilmu ini mengetengahkan tokoh tersohor Prof. Dr. Gamal Farouq Ad-Daqaq Al-Azhari, seorang pensyarah di Kuliah Dakwah Islamiyyah, Universiti Al-Azhar.

Majlis ilmu yang bakal berlangsung setiap bulan di Kediaman Rasmi YAB Perdana Menteri ini adalah satu hasrat dan pembaharuan yang dibuat oleh beliau untuk memartabat serta mennyebar luas ilmu pengetahuan. Tokoh-tokoh ilmuan tersohor juga dijemput untuk berkongsi kepakaran mereka.

Agensi-agensi agama serta tokoh-tokoh agamawan di Malaysia dan luar negara telah dijemput menghadiri majlis ilmu kali ini. JKSM juga tidak terkecuali di mana Dato’ Mohd Amran Mat Zain serta beberapa pegawai juga turut serta memeriahkan majlis tersebut.

Last Updated on December 16, 2022

Kalendar JKSM

Events in April 2024

  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Melaka
    Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Sembilan
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Penang
    Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Perak
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Sabah
    Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Sabah