KEHARMONIAN DALAM KEPELBAGAIAN

𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑 | Pada malam ini warga JKSM julung-julung kalinya berkesempatan menyaksikan rakaman Forum Perdana Ehwal Islam bertempat di Pentas Utama, Pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.


Forum yang diadakan bersempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI ini turut dihadiri oleh YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Haji Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM.
Mengupas tajuk ‘Keharmonian Dalam Kepelbagaian’, forum kali ini cukup istimewa kerana menampilkan YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar bersama dua panel lain iaitu Prof Dato’ Dr Taufiq Yap Yun Hin dan Ustaz Abdul Hadi Bakri Abdullah (Du’at Al-Falah) serta dikelolakan oleh modetor yang tidak asing lagi; Ustaz Mohd Hariri Mohamad Daud.


Kemajmukan dalam masyarakat berbilang bangsa, agama, kaum dan keturunan adalah aspek penting yang merupakan suatu nikmat, oleh yang demikian kita perlu bersyukur atas kemajmukan tersebut. Masyarakat perlu mempertahankan nikmat keharmonian tersebut secara bersama.
Program pada malam ini juga turut diserikan lagi dengan persembahan oleh Hafiz Hamidun, Hijjaz & Zawfan.


Tahniah kepada penganjur!!

Last Updated on December 9, 2023